Ngeri ! Lagi Kanak-kanak Dilenyek 2 kali Oleh Lori Sehingga Mati

on 26 October 2011

Assalamualaikum
 
Sekali lagi kita digemparkan satu berita yang memang sangat-sangat(tanda tak puas hati) tragik. Dimanakah nilai-nilai kemanusian yang ada pada manusia ini? dah hilangkah? soalan yang pasti bermain di setiap benak fikiran anda apabila melihat kejadian ini. Adakah sikap sebegini harus kita ikuti? atau inikah sikap yang ada pada setiap orang yang tidak berperikemanusian? 
 
 
 
Seorang pemandu lori melanggar seorang kanak-kanak lelaki yang berusia lima tahun dan kemudian melenyeknya sekali lagi untuk memastikan kanak-kanak- tersebut benar-benar mati dalam usahanya untuk mengelakkan dari terpaksa membayar bil-bil hospital kerana kecederaan parah yang dialami oleh kanak-kanak tersebut.
Insiden mengerikan itu berlaku di daerah Luzhou, barat China apabila pemandu yang dikenali sebagai Ao Yong melanggar Maoke Xiong ketika kanak-kanak terssebut berjalan kaki untuk ke sekolah dari rumahnya.

Zhang Shifen yang merupakan saksi kejadian berkata," saya melihat lori tersebut bergerak ke belakang sedikit dan kemudian bergerak ke hadapan sekali lagi. Xiong dilenyek di roda lori tersebut dan kemudia lori itu bergerak 10 meter ke hadapan".
 

Penduduk yang lalu lalang berkata pemandu lori tersebut melompat dari lori selepas melanggar kanak-kanak tersebut. Mereka kemudian mendakwa Yong bertanya," berapa banyak yang perlu saya bayar?".

Jurucakap polis berkata Yong, seorang pemandu lori dari Luxian yang berusia 35 tahun berbincang dengan keluarga kanak-kanak tersebut selama tujuh jam mengenai bayaran ganti rugi atas kematian Maoke Xioang.

Selepas insiden terbaru, Yong menafikan melanggar kanak-kanak terbabit sebanyak dua kali untuk benar-benar memastikan mangsa mati. Malam tadi, pihak polis dan kakitangan kerajaan mendesak Yong bertanggungjawab ke atas kematian tersebut.

Siasatan mereka memutuskan bahawa Yong adalah orang yang pertama untuk menelefon polis selepas trak tersebut melanggar kanak-kanak tersebut di kampung Yunfeng di Luzhou wilayah Sichuan.

Mereka berkata tubuhnya tidak dikelurkan dengan segera kerana penduduk kampung marah dan menuntut pampasan yang segera dari pemandu.

Dalam adegan yang menyedihkan, ibu kanak-kanak itu terduduk kerana terkejut dan segera menutup jasad anaknya yang berusia lima tahun itu.
Memang menyayat hati, betapa sedihnya hati seorang ibu apabila anaknya maut dek kerana pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain. Cuba dia yang menghadapi situasi seperti itu pasti dia juga akan merasa apa yang orang lain rasa.

Adakah sikap orang kita juga seperti ini? Tindakan inikah yang di kata rasional untuk menyelesaikan masalah? Hahaha.. memang gila orang yang berfikiran seperti ini... Fikir-fikirkanlah sendiri. masing-masing mempunyai jawapan dan pandangan yang berbeza.
Sumber : itsmesaiful
 
 
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved