Showing posts with label Majlis Peperiksaan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Majlis Peperiksaan Malaysia. Show all posts

Semakan Keputusan MUET Sesi Julai 2013 Online

on 17 September 2013

Semakan Keputusan MUET Sesi Julai 2013 Online

Semakan Keputusan MUET Sesi Julai 2013 Online | Keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) sesi Julai 2013 boleh diketahui pada 19 September 2013 (Khamis).

Calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah atau institusi masing-masing bermula jam 10 pagi pada hari tersebut manakala calon persendirian individu boleh memperoleh keputusan mereka melalui pos.

Semakan MUET Sesi Julai 2013 - Atas Talian (Online)


Calon boleh menyemak keputusan melalui sistem atas talian (online) dengan melayari portal MPM di http://www.mpm.edu.my/ mulai 9 pagi (19 September 2013).

Semakan MUET Sesi Julai 2013 - Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)


Calon juga boleh menyemak keputusan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip:

MUET RESULT [jarak] No. KP hantar ke 15888

* semakan boleh dibuat bermula jam 12:01 tengah malam 19 September 2013.

Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET


Bagi calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70.

Tarikh tutup rayuan semak semula ialah pada 30 September 2013.

Semakan Keputusan STPM Penggal 2 2013

on 15 July 2013

Semakan Keputusan STPM Penggal 2 2013

Semakan Keputusan STPM Penggal 2 2013 | Bagi semua calon STPM yang telah menjalani peperiksaan pada semester kedua, debaran untuk mengetahui keputusan peperiksaan akan menyusul. Tarikh keputusan boleh disemak pada 15 Julai 2013 menurut kenyataan rasmi dari Majlis Peperiksaan Malaysia. Berikut adalah maklumat penting mengenai cara semakan peperiksaan STPM penggal 2.

Tarikh Keputusan STPM Penggal 2 2013


Tarikh semakan keputusan boleh dibuat pada 15 Julai 2013 (Isnin) berdasarkan kenyataan rasmi dari Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Nota: Semakan SMS mulai 12:01 pagi manakala online mulai 12.00 tengahari, 15 Julai 2013. Harap Maklum


Semakan Keputusan STPM Penggal 2 2013 Online


Semakan boleh dibuat menerusi laman sesawang http://www.mpm.edu.my/ ataupun boleh klik laman pautan di bawah:


Semakan Keputusan STPM Penggal 2 2013 SMS


Semak Melalui SMS


  • Taip STPM [jarak] RESULT [jarak] NoKP dan hantar ke 15888
  • Cth: STPM RESULT 9400328125498 sms ke 15888



Sumber: www.melvister.com

Semakan Keputusan MUET Sesi Mac 2013 - Online dan SMS

on 3 May 2013

Semakan Keputusan Muet Sesi Mac 2013 - Online dan SMS

Semakan Keputusan MUET Sesi Mac 2013 - Online dan SMS | Kepada semua calon yang menduduki peperiksaan Muet Sesi Mac 2013 boleh menyemak keputusan bermula pada tarikh 6 Mei 2013. Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan Muet di sekolah masing-masing pada pukul 10.00 pagi tarikh yang sama. Manakala bagi calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos.

Walau bagaimanapun, memandangkan hari Isnin, 6 Mei 2013 telah diisytiharkan sebagai Cuti (Selangor dan Pulau Pinang), maka calon sekolah/institusi di negeri berkenaan dinasihatkan agar menyemak keputusan mereka melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) dengan menaip MUETRESULTNo. Kad Pengenalan dan menghantarkannya ke 15888, yang boleh disemak mulai jam 12:01 tengah malam 6 Mei 2013 dan melalui sistem online dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) http://www.mpm.edu.my mulai jam 9.00 pagi pada Isnin, 6 Mei 2013

Calon sekolah/institusi di Selangor dan Pulau Pinang boleh mendapatkan slip asal keputusan MUET Sesi Mac 2013 mereka di sekolah/institusi masing-masing pada Selasa, 7 Mei 2013. Calon persendirian individu seperti biasa akan memperoleh slip keputusan mereka melalui pos. Mereka juga boleh menyemak keputusan melalui dua cara yang disebutkan di atas. MPM.


Semakan Keputusan MUET Sesi Mac 2013 - Online

Calon boleh menyemak keputusan ujian Muet Sesi Mac 2013 dengan melayari portal MPM di http://www.mpm.edu.my/ bermula jam 9.00 pagi (6 Mei 2013).



Semakan Keputusan MUET Sesi Mac 2013 - SMS

Selain itu, calon juga boleh menyemak keputusan melalui SMS dengan menaip:


MUET RESULT [jarak] NO.KP hantar ke 15888

Contoh: MUET RESULT 940312028188 hantar ke 15888


Perhatian!!!
  • Penghantaran mesej bermula 12.01 tengah malam 6 Mei 2013.

Rayuan


Bagi calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70.

Tarikh tutup semakan semula ialah pada 14 Mei 2013 dan maklumat lanjut mengenai perkara tersebut bolah didapati melalui portal MPM.

Calon yang ingin mengambil semula MUET boleh membuat pendaftaran untuk menduduki MUET Sesi Julai 2013 secara dalam talian melalui portal MPM atau www.mesp.gov.my/online. Tarikh tutup pendaftaran ialah 13 Mei 2013 ini.


Sumber: www.mysumber.com


Semakan Keputusan STPM 2012 Online dan SMS

on 13 March 2013

Semakan Keputusan STPM 2012 Online dan SMS

Semakan Keputusan STPM 2012 Online dan SMS | Kepada calon-calon STPM 2012 yang tidak sabar menunggu keputusan peperiksaan, calon-calon boleh menyemak keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 pada hari Isnin, 18 Mac 2013. Calon STPM 2012 boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula pada jam 12.00 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos. Selain itu, calon juga boleh menyemak keputusan melaui dua cara iaitu secara online dan SMS.

Semakan Keputusan STPM 2012 Online dan SMS

Cara menyemak keputusan STPM 2012 menerusi ONLINE:


atau 

layari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my/ bermula pada jam 12.00 tengah hari (18 Mac 2013)


Cara menyemak Keputusan STPM 2012 menerusi SMS:
  • Taip STPM RESULT < jarak > < No. Kad Pengenalan > dan hantar ke 15888


Nota: Calon yang menduduki peperiksaan Penggal 1 STPM 2013 boleh menyemak keputusan dengan melayari laman web MPM ( http://www.mpm.edu.my/ ) atau hantar SMS pada 21 Mac 2013.

Pada peperiksaan STPM tahun 2012, seramai 51,673 orang calon telah hadir menduduki peperiksaan ini di 760 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 47,708 (92.33%) orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,112 (2.15%) orang calon sekolah swasta, 2,795 (5.41%) orang calon persendirian individu, dan 58 (0.11%) calon sekolah kerajaan negeri.
 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved