Semakan Keputusan STPM 2012 Online dan SMS

on 13 March 2013

Semakan Keputusan STPM 2012 Online dan SMS

Semakan Keputusan STPM 2012 Online dan SMS | Kepada calon-calon STPM 2012 yang tidak sabar menunggu keputusan peperiksaan, calon-calon boleh menyemak keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 pada hari Isnin, 18 Mac 2013. Calon STPM 2012 boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula pada jam 12.00 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos. Selain itu, calon juga boleh menyemak keputusan melaui dua cara iaitu secara online dan SMS.

Semakan Keputusan STPM 2012 Online dan SMS

Cara menyemak keputusan STPM 2012 menerusi ONLINE:


atau 

layari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my/ bermula pada jam 12.00 tengah hari (18 Mac 2013)


Cara menyemak Keputusan STPM 2012 menerusi SMS:
  • Taip STPM RESULT < jarak > < No. Kad Pengenalan > dan hantar ke 15888


Nota: Calon yang menduduki peperiksaan Penggal 1 STPM 2013 boleh menyemak keputusan dengan melayari laman web MPM ( http://www.mpm.edu.my/ ) atau hantar SMS pada 21 Mac 2013.

Pada peperiksaan STPM tahun 2012, seramai 51,673 orang calon telah hadir menduduki peperiksaan ini di 760 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 47,708 (92.33%) orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,112 (2.15%) orang calon sekolah swasta, 2,795 (5.41%) orang calon persendirian individu, dan 58 (0.11%) calon sekolah kerajaan negeri.
Ranking: 5

{ 3 Comments... read them below or add one }

  1. Sekarang senang semua semak pakai online je.....
    Kalau dulu, nak amik ngadap cikgu dengan kawan2....
    Mana yang corot tu menikus je takut kawan tanya result....
    Sekarang dah tau corot pun takpe.... Relax je takde yang tanya2...
    Hehhehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul 2 kak Ayue... nak ambik result pun mcm malu2 saja... lebih2 lagi kalau result tu buruk... hahaha... Sekarang nie semuanya di hujung jari saja...

      Delete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved