Home > Posts filed under Farid Kamil
Gambar Bulan Madu Farid Kamil Dan Diana Danielle Di Sydney | Pasangan artis yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka pada 3 November lalu telah berkongsi foto bulan madu mereka semasa berada di Sydney, Australia.
Walaupun beberapa kontroversi yang melanda selepas majlis pernikahan dan persandingan mereka, itu tidak menghalang pasangan ini untuk bercuti di Sydney.
Apa yang lebih menarik, seorang peminat bertuah yang menetap di Sydney berpeluang untuk makan malam bersama pasangan ini, Farid Kamil dan Diana Danielle apabila dia menegur Farid Kamil di laman Instagram.
Farid Kamil Bakal Hadapi Penjara 2 Tahun? | Dari segi pemerhatian admin, ramai yang mempertikaikan tentang busana yang digunakan oleh Farid Kamil sewaktu majlis perkahwinan pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle lalu, di mana dikatakan Farid Kamil telah memakai pakaian ala-ala tentera tanpa persetujuan dan kebenaran pihak tentera. Berita ini sudah tersebar beberapa hari lepas lagi.
Terbaru pula dikhabarkan pihak tentera sedang mempertimbangkan bagi mengheret Farid Kamil ke mahkamah atas kesalahan kerana memakai pakaian tentera.
Farid Kamil boleh didakwa atas Seksyen 140 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara selama 2 tahun sekiranya memakai pakaian tentera dan Seksyen 170 memperuntukkan penjara 3 bulan bagi kesalahan menyamar sebagai anggota tentera.
Pihak askar naik angin disebabkan Farid Kamil memakai pangkat Mejar Jeneral.
p/s: Untuk mereka diluar sana, diharap bertenang jangan ikutkan emosi. Kita tunggu keputusan nanti. Farid Kamil pun satu juga, apasallah dia nie berani sangat nak guna pakaian ala-ala tentera walaupun tidak mendapat persetujuan pihak tentera.
Tahniah! Diana Danielle Hamil | Sungguh cekap sekali Farid Kamil menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. memang murah rezeki pengantin baru ini ya. Sebentar tadi, Diana Danielle telah pun mengesahkan kehamilannya menerusi akaun Twitter miliknya
Diana Danielle. Berita gembira ini juga dikongsikan melalui instagram milik Diana Danielle dan Farid Kamil.
Jutaan tahniah kepada dua pasangan, Diana Danielle dan Farid Kamil di atas berita gembira ini. Menurut Diana Danielle, ini adalah hadiah hari jadi terbaik buat dirinya.
Semoga dipermudahkan semasa mengandung dan melahirkan nanti. Amiinnn...
32 Gambar Majlis Perkahwinan Farid Kamil Dan Diana Danielle | Hari ini merupakan hari bahagia dan sejarah buat kedua pasangan sama padan sama cantik iaitu Farid Kamil dan Diana Danielle. Buat pengetahuan semua, majlis pernikahan Farid Kamil dan Diana Danielle diadakan di Lakeside Flamingo Hotel dan mereka dinikahkan kira-kira pukul 9.12 pagi tadi dengan mas kahwin sebanyak RM10 ribu.
 |
| Farid Kamil sedang menanti ketibaan Diana Danielle |
 |
| Dengan sekali lafaz mereka sah menjadi suami isteri, tahniah! |
Untuk pengetahuan semua, malam ini jangan lupa pada pukul 9.00 malam, untuk menyaksikan liputan eksklusif tentang perjalanan percintaan Farid Kamil dan Diana Danielle menerusi saluran Astro Ria 104 dan Astro On-The-Go.
Diana Danielle Nikah Berwalikan Hakim | Farid kamil dan Diana Danielle bakal bergelar suami isteri tidak lama lagi iaitu pada 3 November ini. Terdapat sedikit perkembangan tentang majlis pernikahan mereka nanti di mana Diana Danielle akan
berwalikan hakim bagi urusan nikah menggantikan bapa kandungannya.
Menurut beberepa sumber, keputusan berwalikan hakim itu dibuat selepas pelbagai usaha yang dilakukan untuk mencari dan menghubungi bapa kandung Diana Danielle namum mencari jalan buntu.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak keluarga Diana Danielle untuk mencari bapa kandungnya termasuklah pengiklanan melalui surat khabar namun ianya masih juga gagal.
Kami semua berharap majlis
akad nikah Farid dan Diana nanti akan berjalan lancar walaupun terdapat sedikit halangan. Majlis dijangka berlangsung pada 3 November 2012.
Gambar Kad Kahwin Diana Danielle dan Farid Kamil | Selamat Hari Raya Korban kepada semua umat Islam khasnya di Malaysia, di malam raya ini kami sajikan gambar kad jemputan majlis pernikahan Diana Danielle dan Farid Kamil.
Pasangan ini kelam kabut disaat akhir pernikahan namun kad jemputan ke majlis pernikahan mereka telah pun siap direka dan juga dicetak.
Kad jemputan ini telah dikongsikan menerusi sebuah laman portal yang mereka kad jemputan kahwin Farid dan Diana.
Setakat ini belum ada maklumat baru mengenai majlis pernikahan pasangan ini dan ianya akan kekal berlangsung pada 3 November ini di Hotel Flamingo, Ampang. - forblogger.net
Diana Danielle Panik Menjelang Pernikahan, Nikah Di Hotel Flamingo | PETALING JAYA – Diana Danielle nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 21, yang bakal melangsungkan perkahwinannya berkata, dia berasa panik serta tidak keruan menjelang hari pernikahannya dengan aktor dan pengarah Farid Kamil pada 3 November depan. Majlis akad nikah mereka bakal berlangsung di Hotel Flamingo, Ampang.
“Saya masih kelam-kabut bagi membuat persiapan menjelang hari pernikahan kami pada 3 November depan. Ini kerana, semua persiapan tersebut itu saya serta keluarga yang akan lakukan sendiri. Alhamdulillah, walaupun keadaan agak berserabut serta beberapa kali saya hampir terkena migrain, semua persiapan berjalan dalam keadaan baik. Cuma, kini kami sedang sibuk bagi urusan mengedarkan kad jemputan pula”
Farid yang membuat kejutan apabila mengumumkan berita pernikahan mereka pada majlis tayangan filem arahannya berjudul Pe3 di Sunway Pyramid, pada 15 Oktober lalu.
Sebelum ini, pasangan itu membuat kejutan apabila ber
tunang dalam diam pada 2 September lalu setelah 3 tahun bercinta.
“Saya tidak berasa berdebar dan tidak rasa apa-apa sekarang. Saya juga tidak ingin memikirkan apa-apa selain berharap agar semuanya berjalan lancar nanti. Saya tidak boleh bercerita mengulas lanjut mengenai majlis itu nanti. Yang pasti, ia bakal diadakan dalam suasana seringkas yang mungkin. Ada sebahagian barangan dan juga keperluan majlis ditaja manakala sebahagian lagi kami beli sendiri”
Majlis resepsi sebelah keluarga perempuan bakal diadakan pada 21 November depan bersempena ulang tahun kelahiran Diana yang ke 21 pada tarikh nanti. Majlis sambut menantu di rumah keluarga Farid di Alor Setar, Kedah pula diadakan pada Disember depan.
Farid Kamil Jadi Anggota Polis | Ini info seriaus tau, bukannya main-main. kini Farid Kamil diberitakan telah menjadi anggota polis pula. Dah tukar professionkah Farid Kamil?
Info ini, admin dapat dari forblogger.net, yang mengatakan Farid Kamil telah menghadiri satu temuduga untuk pengambilan Konstabel sukarelawanan simpanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada hujung minggu lalu.
Untuk makluman semua juga, perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh pihak PDRM melalui Facebook mereka. Apapun tujuan Farid Kamil memasuki polis (walaupun simpanan) ianya satu contoh murni dan tauladan kepada peminat-peminat mereka di luar sana dan juga kepada artis-artis lain. Tahniah!
Farid Kamil Dan Diana Danielle Nikah Pada 3 November 2012 | Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya mengesahkan tarikh pernikahan dan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 3 November 2012 setelah bertunang pada bulan lalu.
Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Farid Kamil pada majlis pra tonton filem Pe3 terbitan Metrowealth Movie Productions.
“Syukurlah, hubungan kami mendapat restu keluarga. InsyaAllah kalau tiada aral melintang, kami akan bernikah pada 3 November ini. Doakanlah kebaikan perkahwinan kami,”
Sebelum ini, pasangan tersebut telah membuat kejutan apabila bertunang dalam diam pada 1 September lalu.
Majlis yang diadakan di Damansara itu dilakukan secara sederhana serta hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Difahamkan pada majlis tersebut kedua-dua pihak pada mulanya merancang bagi mengadakan majlis pernikahan selepas setahun bertunang.