Farid Kamil Dan Diana Danielle Nikah Pada 3 November 2012

on 16 October 2012

Farid Kamil Dan Diana Danielle Nikah Pada 3 November 2012 | Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya mengesahkan tarikh pernikahan dan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 3 November 2012 setelah bertunang pada bulan lalu.


Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Farid Kamil pada majlis pra tonton filem Pe3 terbitan Metrowealth Movie Productions.
“Syukurlah, hubungan kami mendapat restu keluarga. InsyaAllah kalau tiada aral melintang, kami akan bernikah pada 3 November ini. Doakanlah kebaikan perkahwinan kami,”
Sebelum ini, pasangan tersebut telah membuat kejutan apabila bertunang dalam diam pada 1 September lalu.

Majlis yang diadakan di Damansara itu dilakukan secara sederhana serta hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Difahamkan pada majlis tersebut kedua-dua pihak pada mulanya merancang bagi mengadakan majlis pernikahan selepas setahun bertunang.
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved