Tarikh Hari Raya Aidiladha 2012 Pada 26 Oktober

on 16 October 2012

Tarikh Hari Raya Aidiladha 2012 Pada 26 Oktober

Tarikh Hari Raya Aidiladha Pada 26 Oktober 2012 | Umat Islam di Malaysia akan menyambut hari Raya Haji atau Aidiladha pada 26 Oktober 2012, demikian telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad.

"Bagi menyempurnakan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah, 1433 Hijrah adalah pada 17 Oktober, 2012." 
"Oleh yang demikian, Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 26 Oktober, 2012"
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalanakan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan  diri kepada-Nya.
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved