Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Januari 2014

on 9 October 2013

Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Januari 2014

Permohonan Kemasukan Ke IKBN (Institut Kemahiran Belia Negara) Sesi Januari 2014 | Kementerian Belia dan Sukan mempelawa mereka yang berminat dan layak untuk memohon belajar di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di seluruh negara bagi pengambilan Sesi Januari 2014. Ini bagi mengikuti Latihan Kemahiran peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan.

Konsep Latihan


Konsep latihan di IKBN adalah berbentuk latihan bersepadu dengan pelaksanaan pendekatannya merangkumi latihan kemahiran (teori dan praktikal), keusahawanan, ketatanegaraan, kepimpinan, keagamaan / moral, sukan/rekreasi dan khidmat masyarakat.

Bidang Pengajian


  • Teknologi Mekanikal
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Awam
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Elektronik
  • Teknologi Tekstil
  • Teknologi Marin
  • Teknologi Hospitaliti
  • Teknologi Fotografi
  • Teknologi Maklumat
  • Teknologi Personal
  • Teknologi Sukan

Senarai Program & Syarat Permohonan


Senarai program yang boleh dipohon dan syarat kemasukan yang diteteapkan adalah berdasarkan kelulusan pemohon.

Senarai program pengajian terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian boleh disemak di e-Panduan Permohonan Kemasukan ke TEVT & ILKA.


Cara Memohon


Permohonan untuk masuk ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) bagi pengambilan sesi Januari 2014 boleh dibuat secara online dengan klik link di bawah:


Pemohon dinasihatkan merujuk kepada iklan yang ditawarkan, klik pautan http://eikbn.gov.my/ikbnweb/public/index.php?mid=1 sebelum mengemukakan borang permohanan.


Syarat Kelayakan Memohon


  • Warganegara Malaysia
  • Boleh membaca dan menulis
  • Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon
  • Berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
  • Belum berkahwin atau bujang
  • Sihat tubuh badan

Insentif Kemudahan


  • Tiket penerbangan bagi pelajar dari dan ke Sabah dan Sarawak.
  • Elaun bulanan RM100 – RM300 sepanjang tempoh pembelajaran.
  • Penginapan, makan minum dan pakaian disediakan.

Tarikh Tutup Permohonan


Permohonan kemasukan ke IKBN / IKTBN sesi Januari 2014 akan ditutup pada 31 Oktober 2013.


Maklumat


  • Maklumat di atas cuma panduan ringkas sahaja.
  • Pemohon dipelawa mengunjungi mana-mana IKBN atau IKTBN sebelum tarikh tutup permohonan bagi mendapat pendedahan awal tentang program kemahiran yang dilaksanakan di setiap IKBN.
  • Sila rujuk laman web Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan laman web setiap IKBN/IKTBN seperti tersenarai di atas untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
Ranking: 5

{ 6 Comments... read them below or add one }

  1. good sharing..mungkin berguna pada sesiapa yg memerlukan nie

    ReplyDelete
  2. Bila yer pngmbilan yg seterusnya.??

    ReplyDelete
  3. Bila yer pngmbilan yg seterusnya.??

    ReplyDelete
  4. yg skola xtmat tingkatan 5 but dpt sijil spm cmne yer? bleh mohon x?

    ReplyDelete
  5. aduh nak masuk ikbn macam mna ?

    ReplyDelete
  6. aduh nak masuk ikbn macam mna ?

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved