Puisi Luahan Hati Noor Dayana Buat Ashraf Muslim

on 19 July 2013

Puisi Luahan Hati Noor Dayana Buat Ashraf Muslim | Melalui laman sosial Facebook, secebis nukilan penuh hampa dan kecewa yang menyentuh perasaan kepada sesiapa sahaja yang membacanya telah penarik perhatian ramai orang.

Puisi Luahan Hati Noor Dayana Buat Ashraf Muslim
Sumber: mysumber.com

Nukilan puisi Noor Dayana tersebut dinukilkan buat suaminya, Ashraf Muslim yang kini sedang dihimpit kontroversi perkahwinan buat kali kedua di Thailand bersama Wan Sakinah.

Berikut merupakan nukilan Noor Dayana yang dikongsikan menerusi akaun Facebook beliau.

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan

UPDATE-1: Puisi yang sudah popular di laman sosial ini BUKAN hasil tulisan Noor Dayana sendiri. Seorang wanita tampil memberikan penjelasan seperti berikut.

Puisi Luahan Hati Noor Dayana Buat  Ashraf Muslim
Sumber: rotikaya.com

Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved