Permohonan Kemasukan GIAT MARA Sesi Julai 2013

on 2 June 2013

Permohonan Kemasukan GIAT MARA Sesi Julai 2013

Permohonan Kemasukan GIAT MARA Sesi Julai 2013 | Kepada para lepasan SPM atau setaraf atau para belia-belia yang sebelum ini tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke institut pendidikan anda boleh memohon sebagai pelatih di GIATMARA Malaysia sebagai satu langkah alternatif terbaik.

GIATMARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara

Objektif

  • Melahirkan tenaga mahir negara
  • Mewujudkan usahawan
  • Membantu membasmi kemiskinan

Promosi pengambilan pelatih

Giat Mara Malaysia telah mengadakan promosi pengambilan pelatih untuk sesi Julai 2013
  • Elaun RM200 Sebulan
  • 80% Amali manakala 20% Teori
  • Selibus menepati standart industri
  • Tenaga pengajar pakar

Borang Pendaftaran GIAT MARA

Boleh didapati di pusat GIAT MARA yang berdekatan atau daftar secara online dengan melayari laman web rasmi klik pautan url http://www.giatmara.edu.my


Sebagai makluman, pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak yang terbabit

Untuk mengemukakan sebarang pertanyaan, boleh membuat demikian di laman Facebook rasmi Giat Mara Malaysia (klik) atau twitter.com/myGIATMARA (klik)



Kredit: www.mysumber.com
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved