Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2013

on 20 March 2013

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2013

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2013 | Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di IPT dan ingin memohon biasiswa Negeri Kerajaan Negeri Sabah boleh berbuat demikian pada bulan April 2013 nanti. Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah hanya terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapanya dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan. Calon yang berjaya akan ditawarkan biasiswa di IPT yang terpilih.

Tarikh Permohonan Dibuka
  • Permohonan akan dibuka pada bulan April 2013 [tarikh akan dikemaskini apabila penulis dapat info]

BIDANG DAN PERINGKAT PENGAJIAN
1.
Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan
Sains Komputer
Kesihatan dan Perusahaan Ternak
Kejuruteraan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (OSHA)
2.
Ijazah Sarjana Muda Di Universiti Tempatan
Perubatan
Pengajian Islam
Pergigian
Matematik
Perubatan Veterinar
Sains Tulen (Biologi/Kimia/Fizik)
Pergigian
TESL (Teaching English as a Second Language)
Farmasi
Psikologi
Kejuruteraan
Sains Komputer
Ukur Bahan
Ekonomi
Seni Bina (Architectural)
Perakaunan
Sains dan Teknologi Makanan
Teknologi Maklumat
Sains Bio Teknologi
Teknologi Industri
Akuakultur
Pentadbiran Perniagaan
Sains Biologi Marin
Pengurusan Pelancongan
Sains Alam Sekitar
Muzik
Pengurusan Ladang
Performing Arts
Perikanan
Pengurusan Ladang
Perhutanan
Pertanian
Undang-Undang


KELAYAKAN MEMOHON

1. Had Umur 

- Bagi Kursus (A)1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun
- Bagi Kursus (A)2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun

2. Kelulusan Akademik 
  • Lulus SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya Gred C dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan matapelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Lulus dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Inggeris untuk Universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.
  • Lulus Sijil STPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya Gred B dalam empat (4) matapelajaran berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan setaraf.
  • Berkelulusan Matrikulasi dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.00
  • Lulus Foundation / Alpha dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50
  • Pelajar yang sedang belajar di IPT perlu mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.00 

KAEDAH PERMOHONAN ATAS TALIAN (ONLINE)

- Permohonan dibuat melalui Online dengan melayari http://www.biasiswa.sabah.gov.my mulai 15/04/2013 sehingga 15/05/2013. Setiap pemohon mestilah menpunyai E-Mail peribadi masing-masing.

Perhatian!!!

  • Sila gunakan ID anda untuk masuk ke dalam sistem
  • Jika anda belum mempunyai Login ID, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.


- Bagi Daerah-daerah berikut yang kemungkinan menghadapi kesukaran akses kepada online ada disediakan borang permohonan:- 
  • Pejabat Daerah : Kinabatangan, Tongod dan Pitas. 
  • Pejabat Daerah Kecil : Matunggong, Pagalungan, Sook, Tungku, Banggi, Kemabong, Paitan dan Telupid. 
  • Perpustakaan : Nabawan, Beluran, Kota Marudu dan Ranau. 

- Borang permohonan yang lengkap diisi dan berserta salinan-salinan kad pengenalan, sijil kelulusan akademik dan lain-lain yang telah disahkan benar hendaklah dikemukakan kepada:- 

Bahagian Biasiswa dan Latihan 
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri 
Tingkat 3, Wisma Perindustrian 
Jalan Istiadat, Likas 
Beg Berkunci No. 2076 
88999 KOTA KINABALU, SABAH. 


PERHATIAN!!!
  • Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
  • Keputusan permohonan boleh disemak melalui online.
  • Kursus-kursus Matrikulasi / Asasi / Foundation tidak ditaja.
  • Sila hantar surat tawaran kemasukan IPT ke pajabat ini dengan kadar segera jika sudah menerima tawaran tersebut.
  • Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.
Ranking: 5

{ 23 Comments... read them below or add one }

  1. apa link nak apply ni ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Link untuk apply belum keluar lagi... nnti bila dah keluar akan dikemaskini juga nnti.

      Delete
    2. Dijah boleh juga terus melayari www.biasiswa.sabah.gov.my. ^_^

      Delete
    3. ohh .. okay .. thanks :)

      Delete
    4. assalamualaikum...dah buka link tu kena log in no id n kata laluan...no id tu dpt drp mana? kena beli ka mcm no id upu?

      Delete
  2. lepasan spm 2012 ley apply??

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepasan SPM 2012 empat saja bidang yang diberikan Biasiswa...

      Delete
  3. Bidng apa?? Pre u lain2 sprti foundtn,a lvl n lain2 ditwrkn?

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Untuk permohonan 2013 belum keluar lagi... boleh juga terus melayari www.biasiswa.sabah.gov.my. ^_^

      Delete
    2. Bukan sudah tutup kah ni?
      http://www.biasiswa.sabah.gov.my/default.asp
      "Semua pemohon boleh menghantar permohonan secara online mulai
      01/05/2013 - 04/05/2013"
      "Permohonan biasiswa bagi tahun 2013 telah pun ditutup.!!!!!!"
      Check lah sendiri.

      Delete
    3. Setakat ini permohonan masih belum dibuka lagi...

      Delete
  5. bagi pelajar IPTA yg dah berumur 25 tapi still tdk mencapai 26 tahun mc blh mohonkah? syarat2 yg lain tu dah bih lepas...tp syarat had umur ni nak pastikan...

    ReplyDelete
  6. " Semua pemohon boleh menghantar permohonan secara online mulai
    30/04/2013 - 01/06/2013 " maksudnya kalau kami mau mohon secara on9 ikut tarikh tu la?
    (sumber : http://www.biasiswa.sabah.gov.my/ )

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp... boleh buat permohonan dah... dari tarikh 30/04/2013 hingga 01/06/2013...

      Delete
    2. mcm mna mw mhhon????

      Delete
    3. ooo. ok2. nnt , kalau permohonan suda di buka , mohon update link dan cara mau memohon ni :)) terimakasih :))

      Delete
    4. ok... In Shaa Allah... ^_^

      Delete
  7. mcm mna mw mohon ne???
    :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Permohonan akan mula dibuka pada 30hb April...

      Delete
  8. Bagaimana nak ubh emel yg ada d permohonan? Sebb sya lupa paswrd permohonan n emel sya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh reset password kah atau emel alternatif?...

      Kalau lupa password mmg satu hal jugak sebab apa perkembangan akan dihantar ke emel yg digunakan semasa permohonan...

      Delete
  9. bila g da permohonan ne...sy mo tnya skg sy stdy d'ipts leh mohon ka ne?

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved