Jelajah Asia Barcelona - Pilihan Malaysia vs Barcelona 10 Ogos 2013

on 5 March 2013

Jelajah Asia Barcelona - Pilihan Malaysia vs Barcelona 10 Ogos 2013 | Berita gembira kepada peminat-peminat kelab Barcelona FC yang mana kelab Barcelona akan melakukan kunjungan sulung ke Malaysia pada 10 Ogos 2013 (Hari Raya Aidilfitri Ketiga) ini.

Jelajah Asia Barcelona - Pilihan Malaysia vs Barcelona 10 Ogos 2013

Laman web rasmi kelab itu www.fcbarcelona.com melaporkan Barcelona akanberada di Kuala Lumpur selepas bermain di Shanghai (China) pada 4 Ogos dan Bangkok (Thailand) tiga hari kemudian dalam rangka lawatannya ke Asia.

Bagaimanapun, pada sidang akhbar di ibu pejabat kelab itu semalam, presidenFC Barcelona Sandro Rosell tidak menyatakan pasukan yang akan ditentang kelabitu dalam siri Jelajah Asianya.

Rosell hanya mengesahkan Barcelona akan mengadakan tiga perlawanan pertunjukan di rantau Asia, yang merupakan sebahagian daripada persiapan pasukan itu untuk menghadapi musim 2013/2014.

Kelab ini, yang antara lain membariskan pemain terbaik dunia Lionel Messi,kini mendahului La Liga dengan 68 mata setelah beraksi dalam 26 perlawanan.-BERNAMA
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved