Tawaran Biasiswa Kecil Yayasan TM 2013

on 20 February 2013

Tawaran Biasiswa Kecil Yayasan TM 2013 | Yayasan TM mempelawa pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang memenuhi syarat dan kelayakan untuk memohon Biasiswa Kecil Yayasan Telekom Malaysia tahun 2013. Tarikh tutup permohonan dalam talian adalah pada 28 Februari 2013.

Tawaran Biasiswa Kecil Yayasan TM 2013

A. Syarat dan kelayakan

  • Terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 pada tahun 2013 sahaja.
  • Calon Tingkatan 1 mestilah memperolehi 5A dalam keputusan peperiksaan UPSR 2012.
  • Calon Tingkatan 4 mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 6A bagi keputusan peperiksaan PMR 2012.
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.
  • Pendapatan kasar keluarga tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.


B. Pakej Biasiswa

  • Elaun poket RM1,000 setahun (Tingkatan 1)
  • Elaun poket RM1,500 setahun (Tingkatan 4)
  • Peluang mengikuti program pembangunan


C. Cara memohon

  • Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian / online dengan melayari sesawang Yayasan TM seperti berikut :

  • Sila baca panduan mengisi borang di bahagian permohonan sebelum mengisi borang permohonan.
  • Kemukakan Borang Senarai Semak Dokumen yang dicetak serta dokumen yang telah disahkan sebelum atau pada 8 Mac 2013 :


  1. Sijil kelahiran / kad pengenalan
  2. Keratan gaji / pengesahan pendapatan ibu dan bapa / penjaga
  3. Salinan keputusan UPSR atau PMR 2012
  4. Salinan penyertaan ko-kurikulum yang disenaraikan dalam permohonan
  5. Surat cerai / kematian / OKU jika berkaitan
kepada :

Sekratariat Pemilihan Biasiswa Kecil
Yayasan TM, Aras 14(S)
Menara TM
Jalan Pantai Baharu
50672 Kuala Lumpur


- Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
- Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan secara bertulis. Bagi permohonan yang tiada jawapan selepas tempoh 3 bulan dari tarikh tutup hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Sumber : Ciklaili.com
Ranking: 5

{ 13 Comments... read them below or add one }

  1. bagi yg pasti ia amat membantu ni...

    ReplyDelete
  2. masih banyak anak2 luar bandar yg berpeluang utk dptkan biasiswa ni.

    ReplyDelete
  3. baik ne yg mcm ne kan ikmal....................ndak bah bos ku meliat,ia pun begambar jua.haha

    ReplyDelete
  4. tawaran biasiswa begini amat perlu untuk menbantu golongan yang memerlukan

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. Anonymous01 May, 2013

    This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved