Permohonan MRSM 2013 Tingkatan 4 Sabah Dan Sarawak

on 20 December 2012

Permohonan MRSM 2013 Tingkatan 4 Sabah Dan Sarawak

Permohonan Tingkatan 4 MRSM 2013 Sabah Dan Sarawak | Permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) 2013 bagi Tingkatan 4 kini dibuka kepada pelajar tingkatan 3 warganegara Malaysia yang layak ke MRSM di Sabah dan Sarawak.

Syarat Kelayakan MRSM Sabah dan Sarawak:
  • Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Sabah dan Sarawak
  • Menadapat sekurang-kurangnya 5A 3B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D dan E bagi subjek teras dalam PMR.
Syarat Permohonan MRSM Online:
  • Pelajar Bumiputera tingkatan 3 di Sabah dan Sarawak dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatanh 3 yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Sabah dan Sarawak
  • Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah berasarama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajara tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM
Cara Mohon Kata Laluan:

Pemohon boleh mendapatkan kata laluan di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA yang berdekatan pada waktu pejabat pada hari keputusan PMR diumumkan secara rasmi.

Sila bawa bersama salinan kad pengenalan serta keputusan PMR yang disahkan benar semasa mendapat kata laluan.

Permohonan Atas Talian (ONLINE):

Permohonan MRSM 2013 Tingkatan 4 Sabah Dan Sarawak

Setelah mendapat kata laluan pemohon perlu melayari aplikasi sistem permohonan dengan klik link pautan dibawah:


Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.

Pemohon mestilah menghantar cetakan borang dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah:

Permohonan Tingkatan 4
Pengarah, 
Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur.

Tarikh Tutup Permohonan
  • Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 2 januari 2013
  • Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 7 Januari 2013.
Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari. Sekirany pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2013, permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Sebarang maklumat lanjut layari sila layari portal rasmi MARA di laman pautan http://www.mara.gov.my/.


Ranking: 5

{ 4 Comments... read them below or add one }

  1. aku nak try mohon la.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg nie utk pelajar Sabah dan Sarawak... hahaha

      masih layak kah Boni... heheh?

      Delete
  2. sistem x ok la..blh ka 2 hb tu baru isi??

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin masih boleh lagi tu... jangan 3 hb sudah...

      Delete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved