Tahniah! Azizulhasni Dan Athiah Dapat Anak Perempuan

on 7 November 2012

Tahniah! Azizulhasni Dan Athiah Dapat Anak Perempuan | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, tahniah buat Mohd. Azizulhasni Awang yang kini bergelar bapa selepas isterinya Athiah Ilyana Abd. Samat selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.99 kilogram di Hospital Pakar KPJ Ipoh semalam.

Tahniah! Azizulhasni Dan Athiah Dapat Anak PerempuanPastinya perasaan gembira bergelar seorang ayah tergambar di wajah Azizulhasni. Apabila ditanya perasaannya menimang cahaya mata, Mohd. Azizulhasni yang mendapat jolokan The Pocketrocketman memberitahu,ianya lebih indah daripada memenangi mana-mana kejohanan lumba basikal peringkat antarabangsa.

Untuk pengetahuan semua, Athiah Ilyana, 26, melahirkan bayi mereka itu menerusi pembedahan pada pukul 6.30 petang semalam, kira-kira 40 minit selepas memasuki bilik bedah Hospital Pakar KPJ Ipoh. Athiah Ilyana dijangka bersalin pada 18 November 2012 tetapi terpaksa dimasukkan ke hospital lebih awal pada pukul 2 pagi, semalam selepas mengadu sakit perut.

Nak tahu siapa nama bayi perempuan Azizulhasni tak? Sebenarnya admin pun belum tahu juga sebab Azizulhasni akan mengumumkam nama anaknya itu selepas masjlis akikah pada hari ketujuh nanti. Nampanya kena tunggulah nie.

Sekali lagi, tahniah kepada Mohd. Azizulhasni dan isteri, Athiah Ilyana sebab dah bergelar bapa dan ibu. Nampaknya ada satu lagi tanggungjawab yang dipikul oleh mereka. Coraklah anak itu menjadi seorang yang berguna dan berjasa kepada semua. Semoga dia menjadi anak yang solehah. Amiinnn.
Ranking: 5

{ 4 Comments... read them below or add one }

  1. tahniah kepada beliau.. bro bila pulak bro..hehehe

    ReplyDelete
  2. @boni kacak bila apanya lagi Boni... kawin pun belum lagik... koe tu bah... sepatutnya soalan tu bagus utk koe... hehhhe

    ReplyDelete
  3. comeinya
    tahniah jg dari auc

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved