Rosyam Nor Perjelas Isu Di Anugerah Skrin 2012

on 11 November 2012

Rosyam Nor Perjelas Isu Di Anugerah Skrin 2012Rosyam Nor Perjelas Isu Di Anugerah Skrin 2012 | Rosyam Noor hari ini menjelaskan tindakannya pada Malam Anugerah Skrin 2012 yang berlangsung malam kelmarin.

Menurut Rosyam Noor, lakonannya di atas pentas sebagai Kapten Hook bersama Erra Fazira yang menjadi Snow White pada acara anugerah tahunan itu hanyalah satu sketsa untuk hiburan semata-mata.
Bukan niat saya mahu mempersenda sesiapa atau mana-mana stesen televisyen, tapi menyampaikan maksud jelas mengenai peraturan stesen TV dan mengangkat Gagasan 1Malaysia,” 
Itulah jawapan pelakon popular, Rosyam Nor mengenai kontroversi ketika menjadi penyampai anugerah pada Anugerah Skrin (ASK2012).

Nama Rosyam Noor secara tiba-tiba dikaitkan dengan kontroversi dalam satu blog hiburan apabila dalam persembahan itu, dia menyebut: 
“Nasib baik kita kat TV3 boleh cuit-cuit, kalau kat TV Alhijrah cuit pun tak boleh.”
Apabila di minta mengulas mengenai lakonan itu, Rosyam berkata, kata-kata itu bukan disampaikan dengan niat tersembunyi, tetapi meminta maaf jika ada pihak tersinggung dan dia tidak berniat memperkecil stesen TV Alhijrah atau TV3.
“Ketika saya menyebut stesen TV Alhijrah, maksud saya ialah stesen itu mengangkat lakonan mengikut landasan Islam. Begitu juga, sepatutnya Snow White dicium sebelum saya tersedar dan katakan ini Malaysia bukan Amerika (Syarikat),” katanya ketika dihubungi, semalam.
Pada malam itu, Rosyam juga turut menerima anugerah Drama Rantaian Terbaik menerusi penerbitan drama Jangan Ambil Padang Kami menyatakan, insiden yang berlaku malam itu tidak memberi masalah padanya mahupun menerima kritikan negatif selepas acara tamat.
“Mesej saya untuk karyawan seni tempatan supaya memahami peraturan stesen TV itu sendiri. Begitu juga, saya menyelitkan mesej antara saya dengan orang kerdil iaitu jika saya sumpah kamu menjadi tinggi, orang kerdil itu menjawab, saya takut lupa diri,” katanya.
Dalam pada itu, Rosyam berharap, peminat mahupun penonton yang menonton Anugerah Skrin 2012 itu memahami dengan jelas mengenai mesej disampaikannya. Baginya, penyampaian komedinya nampak santai tetapi serius untuk karyawan seni serta kemajuan industri hiburan tempatan.

Tambah Rosyam, walaupun menggunakan dialog sendiri dalam lakonan itu, dia juga berharap pihak tertentu tidak sewenang-wenangnya menulis komen untuk mencari kesilapan artis.

Sumber: forblogger.net
Ranking: 5

{ 3 Comments... read them below or add one }

  1. Hanya Dia yg tahu apa yg ada dlm hatinya..

    ReplyDelete
  2. terlajak perahu boleh diundur
    terlajak kata badan binasa...

    ReplyDelete
  3. manush..
    manush..

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved