Pelajar Tingkatan 4 Dituduh Berzina Dengan Guru

on 8 November 2012

Pelajar Tingkatan 4 Dituduh Berzina Dengan GuruPelajar Tingkatan 4 Dituduh Berzina Dengan Guru | Kesian pula admin tengok pelajar sekolah ini, yang dituduh mengadakan hubungan dengan seorang guru sandaran yang mengajar subjek bahasa Inggeris. 

Pelajar itu yang hanya mahu dikenali sebagai Wan dituduh berzina dengan guru sandaran yang berusia lingkungan 20-an itu pada 1 Oktober 2012 kira-kira 12 tengah malam di rumah guru itu di kuartes guru sekolah berkenaan.

Pelajar itu mengaku tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan dengan wanita itu, malah guru itu tidak pernah mengajar di dalam kelasnya.
“Saya akui memang baik dengan guru berkenaan sejak dia (guru sandaran) mula berkhidmat di sekolah ini kira-kira Februari lalu. Namun, saya terkejut apabila dipaksa beberapa guru bagi membuat surat pengakuan melakukan hubungan terlarang itu dengan guru terbabit sedangkan pada waktu kejadian, saya berada di asrama sekolah dan sedang tidur di dalam bilik. Bapanya tidak ke sekolah setelah menerima panggilan pertama kerana sedang bekerja menyebabkan pihak sekolah menghubungi kali ke-2 hari yang sama kira-kira 12 tengah malam, melalui warden asrama supaya segera datang berikutan masalah disiplin anaknya. Apabila sampai ke asrama, warden terus menyuruh membawa semua barang serta pakaian balik ke rumah kerana Wan tidak dibenarkan belajar di sekolah itu setelah terlibat dengan kes tersebut tanpa menerima sebarang penjelasan serta surat pada malam terbabit”
Wan digantung sekolah dari 2 sehingga 15 Oktober lalu, selain menerima surat pemberhentian daripada ibu pejabat menyebabkan waris berjumpa dengan pengetua sekolah berkenaan mengenai dakwaan itu.

Dalam pada itu, dia tidak berpuas hati dengan pihak sekolah kerana tidak memberikan sebarang bukti anak saudaranya terbabit dengan kes itu walaupun diminta waris bagi berbuat demikian.
“Saya syak kes ini ada muslihat kerana pada 4 Oktober lalu, 2 guru sekolah tersebut datang ke rumah anak saudara saya di Kampung Guar Kepayang serta meminta kebenaran waris membawa Wan keluar minum. Namun, apabila kira-kira 2 kilometer perjalanan dari rumah, guru berkenaan meminta Wan menyalin pengakuan dalam satu borang bersama tanda tangan dan terus menghantarnya pulang”
Menurutnya, anak saudaranya itu merupakan seorang pelajar pintar kerana memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta mencapai 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).
“Saya bimbang pelajarannya akan terjejas kerana bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun hadapan, tapi tidak bersekolah lebih sebulan disebabkan kes ini”
Sumber: forblogger.net
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

  1. pelik jg yek
    camner boleh keluar cerita gini :)

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved