(Gambar) Anne Ngasri Sah Tunang Ahli Politik, Bakal Kahwin Disember 2012

on 11 November 2012

Anne Ngasri dan tunang, Mohd Sumali Reduan

Anne Ngasri Sah Tunang Ahli Politik, Bakal Kahwin Disember 2012 | Alhamdulillah! bertemu jua jodoh Anne Ngasri selepas drama percintaan yang tidak kesampaian dengan Aliff Aziz, nampaknya Anne Ngasri sudah sah menjadi tunang orang. Harap jangan ada lagi cerita-cerita tentang aktress ini.

Menurut info dari beautifulnara, hari ini Anne Ngasri sah bergelar tunang kepada seorang ahli politik berstatus duda iaitu, Mohd Sumali Reduan, Setiausaha Kerja Pemuda UMNO.

Gambar Tunang Anne Ngasri - Mohd Sumali Reduan
Mohd Sumali duduk sebelah kiri bersama Anne Ngasri. Sumber gambar: Beautifulnara.com
Majlis pertunangan mereka berlangsung di Taman Permai Jaya Ampang. Anne nampak anggun dengan busana pertunangan rona hijau gelap yang direka Ezuwan Ismail.

Untuk pengetahuan semua juga, Anne Ngasri dan pasangan akan bernikah pada Disember 2012 ini kalau tiada aral melintang. Semoga Anne berbahagia dengan pilihan pasangan hidup.
Ranking: 5

{ 4 Comments... read them below or add one }

  1. Tahniah Anne. Semoga bahagia jd milikmu..

    ReplyDelete
  2. tahniah2..semoga berbahagia...

    ReplyDelete
  3. laa ingatkan dgn aliff aziz ..

    ReplyDelete
  4. sengaja Allah aturkan semua nie.semoga anne bahagia ya. :)

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved