Erra Fazira Jawab Isu Cerai Dengan Engku Emran

on 17 November 2012

Erra Fazira Jawab Isu Cerai Dengan Engku EmranErra Fazira Jawab Isu Cerai Dengan Engku Emran | Sehingga kini belum ada sebarang perkembangan berhubung status sebenar rumah tangga Erra Fazira dan Engku Emran, namun begitu cerita kurang enak kedua mereka sering diperkatakan di semua saluran media.

Baru-baru ini, terdapat gosip yang mengatakan Erra Fazira dan Engku Emran sudah bercerai pada penghujung Oktober lalu. Orang yang bertanggungjawab ke atas cerita tersebut melaporkan ia datang dari sumber yang boleh dipercayai.

Berikut komen Erra tentang gosip ini;
“Minta maaf, buat masa ini tidak ada sebarang kenyataan mahupun penjelasan buat Erra berikan kepada umum mengenai gosip ini. Hingga ke hari ini, gosip hanya sebagai gosip sahaja” 
“Jika ada fakta yang ingin Erra kongsikan bersama peminat serta umum, Erra pasti memberitahu secara langsung kepada anda dan juga rakan media semua” 
“Erra berharap agar rakan media tidak menyokong sebarang fakta dari sumber lain, selain apa yang datang daripada Erra ataupun Engku Emran sendiri”
Namun apa juga pengakhiran atau penyelesaiannya kepada kekusutan dan cerita mengenai kedua mereka ini, diharapkan ia tamat dengan baik untuk kebaikan semua pihak.
Ranking: 5

{ 6 Comments... read them below or add one }

  1. gosip artis...ramai je yg buat spekulasi..

    ReplyDelete
  2. Janganla jadi perkara yg xbaik pd hubungan mereka. moga terus bahagia, amin..

    ReplyDelete
  3. mjlis kawen bagai nak rak. last last...

    ReplyDelete
  4. Harap penceraian bukan cara penyelesaian rumah tangga erra....umur erra pun da meningkat...utamakanlah anak2....kadang2 bertolak ansur adalah cara terbaik.menang dalam pertengkaran suami isteri tidak akan membawa manfaat..percaya la anak2 jadi taruhan....harap erra tidak cepat memutuskan kata cerai.....awie?yusry?emran? Siapa lg selepas ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tumpang sedih bila ada berita mcm no.. X kira di kalangan artis ke tidak.. X baik terus menilai dia begitu.. Bukan senang menjadi seorang Erra Fazira.. Kisah silam dgn awie, umum pon tahu mereka bukan berkawan sebulan dua.. Awie berkahwin bukan dgn Erra.. Dah begitu, bukan jodoh namanya.. Been there, done that. 7 tahun bukan usia singkat yg mudah dilepaskan pergi..
      Pengakhiran dgn yusry, saya yakin, jika ada cara lain, bukan itu pilihannya.. Apa pun, kita sama2 lah berdoa agar yg baik2 saja utk erra dan engku emran.. Amin..

      Delete
  5. mmg da cerai pon, lantak la ratu drama malaya, satu malaya pn xmau nye

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved