Bayi 11 Bulan Disembelih Bapa Yang Khayal Dadah

on 18 November 2012

Bayi 11 Bulan Disembelih Bapa Yang Khayal Dadah | Astagfirullah alazim! Bangang juga bapa bayi nie yang sanggup sembelih anak sendiri. Inilah akibat buruk bila sudah terjerat dengan dadah, akibatnya anak sendiri manjadi mangsa disebabkan khayal dengan dadah.

Bayi 11 Bulan Disembelih Bapa Yang Khayal Dadah

Berikut sedikit laporan dari Berita Harian, Seorang bapa dipercayai di bawah pengaruh dadah mengelar bayi perempuannya yang berusia 11 bulan 20 hari, di sebuah rumah di FELDA Panching Selatan, dekat sini, malam kelmarin. 

Leher Nur Amirah dikelar menggunakan senjata tajam dalam bilik tidur sebelum disedari ibunya Suzie Jarip, 26, dan neneknya Noriyah Wan Yaacob, 48, yang juga ibu suspek. 

Menceritakan kejadian jam 9.30 malam itu, Wan Noriyah berkata, beliau sedang berbaring di ruang tamu rumah, manakala suspek di bilik bersama isteri serta Nur Amirah dan seorang lagi anak mereka, Muhammad Al Amin yang berusia dua tahun, apabila dikejutkan dengan jeritan menantunya.
“Sebelum kejadian, Suzie keluar bilik sebentar untuk mengambil air di dapur, tetapi apabila masuk semula dia terus menjerit dan meraung sejurus melihat Nur Amirah terbaring atas tilam berlumuran darah di lehernya. Nur Amirah ketika itu sudah tidak bernyawa dan bapanya seperti dirasuk, masih memegang pisau dan seolah-olah tidak menyesali perbuatan itu. Ketika ditanya kenapa melakukannya, dia hanya berkata lebih baik dibunuh sebelum orang lain mengambil anaknya,” katanya.
Wan Noriyah tidak menyangka anak kedua daripada tujuh beradik itu sanggup melakukan perkara itu terhadap anak sendiri. 
“Dua tiga hari sebelum kejadian, dia bersikap pelik dan kelihatan gelisah selain beberapa kali dilihat membawa serta mengasah pisau berkenaan. Bila ditegur kenapa bersikap demikian dan membawa senjata, dia hanya berkata ada orang mahu melarikan anak dan isterinya serta mengganggu keluarganya, katanya.
Beliau berkata, selepas mengelar anaknya, suspek menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian sebelum sebuah peronda polis tiba di rumah.

Apabila polis tiba, suspek tidak percaya mereka anggota polis dan mendakwa mereka mahu mengambil anaknya. Namun, dia ditahan di Balai Polis Jaya Gading, ketika dibawa bapanya, Ismail Mat Taib, 62 tahun.

P/S: Kita tengok sendiri betapa bahayanya bila kita terjebak dengan dadah sehingga kita tidak dapat berfikir secara waras. Banyak keburukan dari kebaikan bila sudah terjebak dengan dadah. Maka, Jauhilah dadah demi hidup anda.
Ranking: 5

{ 3 Comments... read them below or add one }

  1. sedihnya...bapa apa kalau mcm tu...

    ReplyDelete
  2. apa nak jadi
    kat kuantan tu :(

    ReplyDelete
  3. Mmg xgnelh bpak mcm ni..aq ni kwin dh staun lbih xdpat zriat t'nnti2..die boleh smbelih2 plak mcm bntang..

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved