Warga Emas Berusia 50 Tahun Menduduki PMR | Siapa sangka usia lewat/emas menjadi penghalang kepada kejayaan. Tak ada yang mustahil dalam dunia ini. Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini telah mencipta sejarah tersendiri apabila terdapat seorang warga emas yang berusia 50 tahun menduduki PMR bersama seorang lagi rakanya yang berusia 40 tahun. Ikuti info di bawah untuk tahu lebih lanjut.
JOHOR BAHRU: “Sejak berbulan lalu lagi saya mengulang kaji pelajaran dengan bantuan anak lelaki berusia 12 tahun yang baru selesai menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
“Hari ini (semalam), saya rasa seram sejuk dan berdebar-debar ketika membuka kertas soalan itu. Bagaimanapun, demi mencabar diri sendiri, semua itu diketepikan malah saya tabahkan hati saja untuk ke pusat peperiksaan itu.
kata calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2012 yang hanya mahu dikenali sebagai Nordin, 50, ketika ditemui di pusat peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara di sini, semalam.
Nordin yang bersama seorang lagi rakan berusia 40-an mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi calon persendirian paling tua menduduki PMR.
Dia yang juga bekerja sebagai tukang kebun berkata, usia bukan penghalang untuknya menduduki PMR, sebaliknya perlu dijadikan contoh kepada golongan muda supaya tidak mensia-siakan peluang yang ada dengan belajar bersungguh-sungguh.
“Saya menduduki PMR kerana mahu menebus kegagalan mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 35 tahun lalu. Saya mendaftar untuk menduduki PMR pada Februari lalu dengan yuran RM85 sahaja. Walaupun sibuk, saya meluangkan masa mengulangkaji pelajaran. Pada mulanya anak dan isteri menyangka saya hanya bergurau, tetapi mereka kemudian memberi semangat dan dorongan bila melihat kesungguhan saya,” katanya.
Bermula semalam, Nordin bersama rakannya itu mula menguji keupayaan diri dengan menjawab kertas soalan mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2, diikuti Pendidikan Islam pada sebelah petang pula.
Selain dua mata pelajaran itu, secara keseluruhan, calon PMR akan menjawab enam lagi mata pelajaran iaitu Bahasa Inggeris, Geografi, Sejarah, Kemahiran Hidup, Sains serta Matematik.
“Memang agak gementar kerana persediaan dibuat hanya ala kadar saja, paling merisaukan saya mata pelajaran Matematik kerana ia memerlukan kecekapan untuk mengira. Agak kekok dan segan kerana kami dikelilingi ratusan murid yang jauh lebih muda. Bagaimanapun, saya berasa sedikit lega apabila terjumpa seorang lagi calon hampir sebaya,” katanya.
Bapa kepada lima anak itu turut berharap dia lulus semua mata pelajaran yang didudukinya dalam PMR 2012 ini.
Selain Nordin dan rakannya itu, seramai 166 pelajar tingkatan tiga yang lain turut menduduki PMR di pusat peperiksaan sama. Sementara itu, seorang guru dikenali sebagai Yahya, 40, berkata, dia terharu apabila mendapati dua calon yang menduduki PMR ialah individu seusia dengannya.
Nota: Jangan disangka umur dah mencecah emas tak boleh berjaya dalam hidup. Ingatlah, kejayaan itu boleh kita capai pada bila-bila masa tak kiralah tua atau muda. Aku respect dengan pakcik-pakcik tu sebab berani mengambil peperiksaan walaupun sudah lama alam persekolahan ditinggalkan. Bukan mudah tu nak revision balik semua mata pelajaran lebih-lebih lagi dalam usia lanjut macam pakcik tu. Semoga pakcik Nordin dan rakannya mendapat pencapaian yang diharapakan... Aminnn!!!
Sumber: forblogger
tuntut ilmu hingga ke liang lahat :)
ReplyDelete