Tutti Frutti Bakal Terima Pensijilan Halal Dari JAKIM

on 27 October 2012

Tutti Frutti Bakal Terima Pensijilan Halal Dari JAKIM

Tutti Frutti Bakal Terima Pensijilan Halal Dari JAKIM | Kesemua rangkaian kafe froyo, Tutti Frutti kini bakal menerima pengiktirafan sijil serta logo halal yang oleh disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) secara berperingkat-peringkat setelah menerima pengiktirafan awal pada 16 September lalu.
“Dalam peringkat permulaan, pihak Jakim telah mengaudit kira-kira 36 rangkaian kami, tetapi kelulusan pertama hanya diberikan kepada 10 cawangan terlebih dahulu. Kami menjangkakan kelulusan baki 26 cawangan bakal diperoleh pada akhir Oktober ataupun November nanti kerana jumlah keseluruhan rangkaian Tutti Frutti yang beroperasi di Malaysia adalah sebanyak 107 buah. Kami juga akan memastikan baki 71 rangkaian lagi yang bakal menerima pengiktirafan Jakim secepat mungkin”Izham berkata, 
Selain itu, pengguna tidak perlu lagi risau dengan status halal produknya kerana ia telah mendapat pengiktirafan halal daripada Islamic Services of America (ISA) sejak ia diperkenalkan 3 tahun lalu. 

Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved