Tsunami Boleh Berlaku Di Dalam Tasik Di Switzerland

on 31 October 2012

Tsunami Boleh Berlaku Di Dalam Tasik Di Switzerland | Satu kejadian tsunami akibat runtuhan batu yang berlaku 1,500 tahun lalu telah mencetuskan ombak setinggi 13 meter sekali gus menenggelamkan kawasan di sepanjang tebing Tasik Geneva, Switzerland, lapor beberapa saintis.

Tsunami Boleh Berlaku Di Dalam Tasik Di Switzerland

Kejadian tersebut membayangkan bandar raya Geneva dan Lausanne mungkin dilanda tsunami. Ia juga boleh berlaku di beberapa buah bandar lain yang terletak di tepi tasik kawasan pergunungan dan fiord di Switzerland.

Tsunami Boleh Berlaku Di Dalam Tasik Di Switzerland

"Risiko tersebut dipandang remeh oleh kebanyakan orang yang tidak mengetahui bahawa tsunami boleh berlaku di kawasan tasik," kata seorang saintis di Universiti Geneva, Switzerland, Katrina Kremer.
Dalam sepucuk surat kepada jurnal saintifik, Nature Geoscience, sekumpulan saintis yang diketuai Kremer menyatakan mereka telah mengkaji bencana itu yang berlaku pada tahun 563 dan dikenali sebagai Peristiwa Tauredunum.

Menurut saintis itu, terdapat bukti bahawa sebahagian tanah di sebuah kawasan pergunungan jatuh ke dalam sungai Rhone, lima kilometer dari tasik berkenaan.

Tsunami Boleh Berlaku Di Dalam Tasik Di Switzerland

Paukan Kremer menggunakan radar canggih untuk meninjau kawasan yang paling dalam di tasik tersebut. Anggota kumpulan itu menemui timbunan mendapan sepanjang lebih 10 kilometer (KM), lebar 5 kilometer (KM) dan ketebalan sehingga 5 meter. Menurut Kremer, sepanjang tempoh 10,000 tahun lalu, beberapa kejadian tsunami yang besar berlaku di Tasik Geneva. Justeru katanya, kejadian itu boleh berlaku lagi.

Tsunami Boleh Berlaku Di Dalam Tasik Di Switzerland

Tsunami Boleh Berlaku Di Dalam Tasik Di Switzerland

Sebelum ini kejadian tsunami kerap dikaitkan dengan bencana gempa bumi yang berlaku di dasar laut berdekatan kawasan pantai.
Ranking: 5

{ 7 Comments... read them below or add one }

  1. Ya ampun...bari ijab jua eh..

    ReplyDelete
  2. kalau Allah kata jadi, jadilah.. kat mana2 pun boleh berlaku..
    tp memang selalunya tsunami di kaitkan dengan pantai & laut dalam..
    info yg baik ni,

    ReplyDelete
  3. kesan dari 1,500 tahun dahulu.

    ReplyDelete
  4. @baby comel tapi yg nie dekat tasik, sebab itulah org beranggapan tak akan ada tsunami yg akan berlaku... namun sejarah membuktikan sebaliknya....

    ReplyDelete
  5. @Ikhmal Malique memang dahsyat bukan kesannya... jika terus terleka memang naya jadinya... maka sikap berjaga-jaga itu memang sangat penting...

    ReplyDelete
  6. wahh tak sgka kat tasik pon boleh jadi ..

    ReplyDelete
  7. oh...bahaya jugak kat tasik ni rupanya....

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved