Gadis 16 Tahun Sanggup Gadai Maruah Asalkan Diberi Satu Tin GAM | Astagfirullah Alazim! apa nak jadi dengan budak nie, masih kecil lagi dah pandai hidu gam. Apalah bestnya hidu gam tu erk? Aku bau pun macam biasa saja tapi bagi mereka tu mungkin lainlah tu. Jom kita ushar kisah seorang gadis yang berusia 16 tahun yang ketagih dengan GAM.
Hanya bermodalkan satu tin gam yang berharga tidak sampai RM5, lelaki mana pun boleh menikmati tubuh gadis ini yang sering berkeliaran di bandar Kuantan dengan tujuan mencari seseorang yang boleh membekalkan bahan mengkhayalkan itu kepadanya.
Bukan hanya sekadar ringan-ringan, gadis remaja yang sering dilihat mundar-mandir di Jalan Pasar dan Medan Warisan mudah dibawa kemana-mana sahaja termasuk ke ranjang asalkan ketagihanya terhadap gam dapat dihilangkan.
Berikutan aktiviti gadis tersebut yang agak popular, dia akhirnya digelar "Minah Gam Ringan-ringan" oleh orang ramai yang mengenalinya.
Kamu pasti akan terkejut bila melihat atau terjumpa remaja itu kerana dia bukanlah seorang yang selekeh seperti yang digambarkan atau kamu bayangkan. Malah dia mempunyai wajah yang agak menawan serta pandai bergaya, sekaligus langsung tidak menggambarkan dirinya seorang penagih gam tegar.
Menurut gadis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Alia, dia mengaku tidak kisah dibawa ke mana saja asal diberi satu tin gam untuk melepasakan ketagihannya manakala bayaran sebanyak RM50 sudah memadai jika ingin menidurinya.
"Kebiasaannya lelaki mengajak saya ke pusat karaoke di sekitar bandar ini kerana di situ agak selamat serta lebih terlindung daripada pandangan orang ramai. tapi kalau di karaoke cuma boleh ringan-ringan sajalah, nak lebih daripada itu kenalah bayar tips sikit dan carilah tempat yang sesuai," katanya selamba
Ketika Alia ditanya mengenai latar belakang termasuk keluarga dan persekolahannya, dia enggan menjawab dan mula menunjukkan rasa kurang senang, namun difahamkan dia sudah berhenti sekolah sejak ibu bapanya bercerai.
rosak rosak...
ReplyDeletesemoga mereka akan kembali ke pangkal jalan..:)
ReplyDeleteNyarislh aq dh xduk ktn klu x nk gak aq nengoknye..tp jln psar 2 mmg port dowg..m.nyah smua..tp ksian gaklh,mda2 dh tpesong..
ReplyDelete