Pelajar Tahun Akhir IPT Kini Boleh Beli Kereta Serendah RM299 Sebulan

on 12 October 2012

Pelajar Tahun Akhir IPT Kini Boleh Beli Kereta Serendah RM299 Sebulan

Pelajar Tahun Akhir IPT Kini Boleh Beli Kereta Serendah RM299 Sebulan | Pakej terbaru yang ditawarkan oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) ini pastinya bakal menarik minat pelajar IPT untuk memiliki kenderaan sendiri. Hal ini kerana, pelajar tahun akhir institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta berpeluang membeli kereta PERODUA dengan bayaran serendah RM299 sebulan.

Tawaran itu diberikan PERODUA yang juga pengeluar kereta nasional kedua, menerusi program pemilikan kereta terbarunya iaitu "What's Up Graduates". Prgram berkenaan adalah inisiatif PERODUA untuk memberi peluang kepada kumpulan pelajar tahun akhir memiliki kenderaan sendiri tanpa bayaran pendahuluan. Pakej yang ditawarkan terbuka untuk semua model PERODUA Viva dam MyVi yang bermula semalam dan akan berakhir 31 Mac 2013.

Pakej What's Up Graduates

Syarat Permohonan Pakej What's Up Graduates:
  1. Mesti pelajar tahun akhir IPTA atau IPTS.
  2. Pelajar perlu menunjukkan kad pelajar.
  3. Membawa seorang penjamin bagi memohon tawaran berkenaan ketika melaksanakan urusan jual beli kenderaan di semua cawangan PERODUA.
Program ini ditawarkan kepada pelajar tahun akhir hanya untuk tempoh bayaran bulanan bagi tahun pertama saja. Sebab mereka ini bakal memasuki alam pekerjaan sementara gaji pula masih kecil. Selepas tahun pertama, bayaran bagi tempoh seterusnya akan beransur-ansur meningkat dari tahun ke tahun sehinggalah habis tempoh pinjaman sejajar dengan kenaikan gaji mereka.

Kumpulan pelajar yang membeli kenderaan dengan pakej itu juga akan menerima perlindungan insurans kemalangan bernilai RM20, 000 secara percuma, di samping diskaun 50 peratus bagi servis asas di semua pusat servis PEROODUA di seluruh negara.

Maklumat Lanjut:
Ranking: 5

{ 5 Comments... read them below or add one }

  1. harapnya tak membutakan mata pelajar la.. takut disebabkan tawaran yang macam ni, yang tak berkemampuan pun sibuk nak rebut..then, bila tiba satu tahap tak mampu bayar, akan menjejaskan rekod mereka di bank negara...

    ReplyDelete
  2. harap pihak proton pun bagi "offer" juga, student macam saya berkenaan kat proton inspira, tapi saya cuma mampu bayar 360 sebulan. kereta myvi sama viva tak minat sebab kecik.
    Barang pun tak boleh isi banyak.
    Harap Pihak proton ambil perhatian masalah saya ni.

    ReplyDelete
  3. Bagaimana pembayaran kalau saya skrg sedang semester akhir degree, dan akan menyambung master insyaAllah selama 2 tahun? boleh kah saya membayar dgn harga itu sehingga saya menghabiskan master saya?

    harap dapat membalas pertanyaan saya ini . Terima kasih :)

    Nur

    ReplyDelete
  4. @Wardrobe Online Pasal nie saya tak pasti sangat, lagipun ianya utk pelajar IPT tahun akhir saja... kalau pasal nak sambung terus ke Master mcm cik nie saya kurang pasti sikit... cuba tengok terma dan syaratnya... ^_^

    ReplyDelete
  5. masih boleh kah untuk tahun ni ?

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved