Norshahrul, Nurul Azwan Roya Dan Daudsu Bakal Menyarung Jersi Johor?

on 7 October 2012

Norshahrul, Nurul Azwan Roya Dan Daudsu Bakal Menyarung Jersi Johor? | Ini mungkin berita yang agak kurang senang buat peminat The Red Warrior. Laporan terbaru arena bolasepak negara, penyerang kebangssan dan juga penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha dikatakan akan menyarung jersi Johor pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Norshahrul, Nurul Azwan Roya Dan Daudsu Bakal Menyarung Jersi Johor?
Sumberammboi
Mat Yo dikhabarkan berminat untuk berubah angin beraksi bersama skuad yang bergelar Harimau Selatan itu. Walaupun dia masih ada kontrak setahun lagi bersama Kelantan, perbincangan akan diadakan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk mendapatkan pelepasan membolehkan penyerang sensasi itu beraksi untuk skuad Johor.

Perkara itu didedahkan oleh Pengurus pasukan Johor, Fandi Ahmad, yang turut mengaitkan Nurul Azwan Roya dan Daudsu Jamaluddin bakal menuruti jejak Mat Yo berhijrah ke Johor FA. Menurut Fandi Ahmad lagi, beberapa nama besar lain juga sedang dalam perbincangan dengan pasukan itu dalam misi menguatkan pasukan Johor kembali. Antaranya adalah Kapten Selangor dan kebangsaan Safiq Rahim.

Beliau turut memaklumkan bahawa Andre Francisco penyerang import dari Argentina dan Juan Muriel Orlando akan dikekalkan dikekalkan. Menurut beberapa sumber, Johor FA kini sedang memburu 13 pemain bintang namun Fandi Ahmad enggan mengumumkan siapakah baki pemain berkenaan.

Saya tidak mahu dedahkan pemain berstatus kebangsaan yang akan menyarung jersi Johor. Biar Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan senarai penuh pemain tidak lama lagi,” kata Fandi.

Update: Dikatakan Mat Yo, Muslim, Badroll dan Shafiq confirm dah masuk Johor menurut sumber rakan facebook.

Ranking: 5

{ 3 Comments... read them below or add one }

  1. sepatutnya setiap tawaran yang dibuat kepada pemain yang masih mempunyai kontrak dgn pasukan lain haruslah tidak sah. sepatutnya tawaran haruslah di buat kepada pasukan tersebut untuk mendapatkan kontrak biar la urusan jual beli pemain boleh berlaku seperti mana yang di buat di negara2 eropah. barulah sukan boleh diniagakan dan memberi pulangan yang lumayan kepada pasukan tertentu. FAM contohilah undang-undang iga-liga yang hebat kalau nak jadi hebat. lainla kalau setakat nak jadi jaguh kampung..........

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved