Nabila Jawab Isu Pakaian Seksi Di Anugerah Blockbuster

on 9 October 2012

Nabila Jawab Isu Pakaian Seksi Di Anugerah Blockbuster
Nabila
Nabila Jawab Isu Pakaian Seksi Di Anugerah Blockbuster | KUALA LUMPUR - Nabila Huda akhirnya menjawab isu pakaian yang dipakai beliau ketika Anugerah Blockbuster tempoh hari ketika dihubungi wartawan.

Menurut Nabila, dia tidak pernah menyangka gaun hitam rekaan Alia Bastaman, mendedahkan sebahagian bahu dan perutnya yang digayakan sewaktu menghadiri Anugerah Blockbuster anjuran Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan disiarkan di Astro Ria malam minggu lalu, menjadi berita hangat.


Saya bukan berbogel, tetapi jika ada pihak yang tersinggung cara pemakaian saya di Anugerah Blockbuster, Sabtu lalu, saya mohon maaf,” kata pelakon, Nabila Huda Suhaimi, 27, mengulas isu pemakaiannya yang didakwa menyinggung perasaan segelintir masyarakat di negara ini.
"Saya dipilih sebagai seorang penyampai trofi pada acara berkenaan dan untuk itu saya mendapatkan tajaan pakaian di saat akhir daripada Alia Bastaman. Tema malam itu adalah ‘letusan warna blok’, tetapi saya akhirnya memilih memakai gaun itu kerana ada beberapa koleksi pakaian Alia yang saya tidak sesuai dari segi saiz. Saya sedar ia sedikit terbuka pada bahagian bahu, perut dan terbelah di kaki namun, kerana saya menghormati penonton ketika ditugaskan menjadi penyampai saya menutup bahagian perut dengan ‘tube’ hitam. Terus-terang saya tidak menyangka hal ini menjadi isu kerana saya fikir ramai sedia maklum saya memang berani mencuba fesyen. Apapun saya sekali lagi memohon maaf dan berharap dapat memperbaiki penampilan saya pada masa akan datang."

Sumber: forblogger
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. agok2 la
    kalau kita dh jadi tumpuan org jaga2 sikit
    malu mak bapak

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved