Mandi Sauna Punca Lelaki Menjadi Mandul

on 8 October 2012

Mandi Sauna Punca Lelaki Menjadi Mandul | Tahukah anda bahawa mandi wap atau sauna punca kepada lelaki menjadi mandul. Mandi wap boleh melemahkan fungsi sel sperma yang terkandung dalam tetstis (buar zakar). Menurut statistik di Malaysia, 40 peratus masalah kesuburan adalah datang daripada lelaki. Ini adalah fakta sebenar seperti yang dinyatakan oleh Dr. Eosan pakar bidan di Hospital Pantai.

Mandi Sauna Punca Lelaki Mandul

Dr. Eeson Sinthamoney yang merupakan pakar Perbidanan, Sakit Puan dan Kesuburan di Hospital Pantai berkata, rawatan tersebut yang memerlukan kepanasan wap antara 60 darjah Celsius hingga 100 darjah Celsius menyebabkan tubuh seseorang terdedah pada suhu yang terlalu tinggi.

"Suhu badan normal bagi setiap individu adalah sekirat 37 darjah Celcius manakala suhu testis pula adalah sekitar 35 dan 36 darjah Celcius. Sebenarnya suhu panas sauna bukan sahaja mengganggu malah mencacatkan proses penghasilan sel sperma bagi kaum lelaki."

"Orang ramai perlu faham bahawa bagi mengelakkan testis berkongsi suhu yang sama dengan tubuh, tidak hairanlah ia terletak di bahagian luar tubuh badan lelaki."

"Meskipun sistem pembiakan akan menggantikan sel sperma yang mati kepada yang baharu dalam tempoh tiga bulan, namun adalah lebih baik bagi kaum lelaki mengelakkan aktiviti itu bagi mengelakkan mereka mandul."

Nota: Bagi mereka yang suka sangat pergi ke sauna dengan alasan letih bekerja sepanjang minggu baik kamu fikirkan semula. Ini untuk kebaikan bersama juga. 

Sumber: Melvister
Ranking: 5

{ 3 Comments... read them below or add one }

  1. wah...nasib baik lah aku ni bukan kaki sauna... kolam air panas pun jarang pergi... bahaya rupanya..

    ReplyDelete
  2. owh yeke?? kena nasihtkan kat abg ni

    ReplyDelete
  3. main laptop letak kat peha pun ada risikonya

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved