Johan As'ari Nafi Putus Cinta Dengan Nabila Huda | Makin panas pula industri hiburan kita kali ini. Ini pula kes Johan As'ari dan Nabila Huda, di mana sebelum ini kita dihebohkan dengan berita Johan As'ari dan Nabila Huda putus cinta. Namun, hari ini tiba-tiba pula ada laporan mengatakan Johan menafikan isu putus cinta dengan Nabila. Jadi, apa sebenarnya status sebenar hubungan mereka ini? Nak tahu, bacalah sampai habis artikal nie. ^_^
Isu putus cinta Johan dan Nabila mula dihidu wartawan dek kerana mereka berdua hadir secara berasingan di acara Karpet Merah Anugerah Blockbuster 2011. Oleh itu, mereka melaporkan pasangan popular Johan As'ari dan Nabila Huda dikatakan sudah berpisah. Tiada lagi hubungan cinta di antara mereka. Paling tak sedap didengar adalah ada yang mengatakan pasangan ini terpaksa berpisah kerana tidak mendapat restu pihak keluarga.
Hari ini Johan tampil membuat kenyataan menafikan desas-desus hubungan cintanya dengan anak kepada Amy Search itu telah berakhir dalam portal gua.com.my. Jelas Johan, tidak timbul mendapat restu keluarga kerana dia dan Nabila tidak pernah bercinta. Sebaliknya hanya sekadar kawan biasa.
Tambah Johan lagi, keluarganya tidak pernah menghalang untuk berkawan baik dengan Nabila. Malah mereka turut merestui hubungan rapat yang terjalin di antara mereka. Bagaimanapun, Johan mengakui dia dan Nabila semakin jarang bertemu/berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri.
Jadi apa pendapat anda semua tentang hubungan mereka berdua nie? Putus cinta atau tidak?
Sumber: ammboi
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment