Cekik Anak Selepas Bersalin

on 19 October 2012

Cekik Anak Selepas Bersalin | DUBAI – Polis Emiriah Arab Bersatu semalam telah melancarkan gerakan mencari seorang wanita yang mereka dipercaya melahirkan anak dan kemudian mencekiknya di sebuah tandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, sebelum meninggalkan negara tersebut dengan menaiki pesawat.

Cekik Anak Selepas Bersalin
Gambar Sekadar Hiasan
Wanita tersebut dikenal pasti menerusi rakaman kamera keselamatan setelah mayat bayi itu ditemui dalam tong sampah di Terminal Satu lapangan terbang berkenaan. Dia didakwa memutuskan tali pusat bayi lelakinya dengan tangan serta menjerut anaknya itu dengan kain sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.

Bayi itu ditemui setelah seorang penumpang wanita memaklumkan kepada seorang pekerja lapangan terbang mengenai darah yang terdapat dalam di tandas.

Kesan darah itu telah membawa pekerja berkenaan ke tong sampah tempat mayat bayi tersebut ditemui dalam keadaan berlumuran darah, bersama-sama dengan tali pusatnya yang dibungkus dalam beg plastik.

Bayi itu dikatakan masih bernafas tapi pasukan perubatan serta sukarelawan gagal menyelamatkannya.

Media tempatan melaporkan, pihak berkuasa sedang berusaha mendapatkan bantuan Interpol bagi mengesan dan mengekstradisi wanita yang disyaki warga Habsyah yang berusia 30-an itu.

Media lain melaporkan wanita itu berketurunan Afrika. Jika ditangkap, dia berdepan tuduhan membunuh dengan niat.

Melahirkan anak tanpa berkahwin adalah salu kesalahan besar di Emiriah.

Hingga kini tidak dapat dipastikan sama ada wanita tersebut penduduk Dubai. Bagaimana pun, polis mengesyaki dia hamil akibat hubungan haram hingga mendorongnya bagi membunuh bayi itu. 

Nota: Makin ganas pula manusia zaman sekarang nie. Kesian dekat bayi yang baru lahir tu, mana perikemanusiaan seorang ibu? Bukankah itu satu amanah yang telah ditangunggungjawabkan kepada seorang ibu. Kalau pandai buat pandailah terima seadanya... Jangan main cekik sampai mati lepas tu buang dekat mana anda suka... Orang yang nak dapat anak bukan main susah lagi berusaha dengan pelbagai cara dan kaedah semata-mata nak dapatkan zuriat kau pula senang-senang nak bunuh macam tu saja. Bilalah tamat perbuatan terkutuk macam ini? 

Sumber: forblogger
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved