Perkara Haram Yang Dianggap Biasa

on 21 September 2012

Perkara Haram Yang Dianggap Biasa | Pada zaman serba canggih dengan pelbagai teknologi-teknologi baru yang wujud pada abad ini sememangnya membuatkan kita semua terlupa pada suatu benda atau perkara yang dianggap seperti biasa saja dan tidak ada wujud perasaan segan dalam diri kita. Bersalaman tangan di antara lelaki dan perempuan itu sudah menjadi lumrah dan tradisi kita. Tradisi hina itu meruntuhkan akhlak Islam yang mesti ditegakkan. Bahkan mereka menganggap kebiasaan itu jauh lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada syariat Allah yang mengharamkannya.

Perkara Haram Yang Dianggap Biasa

Sehingga jika ada seorang daripada mereka berbincang tentang hukum syariat, dengan dalil-dalil yang kuat dan jelas, tentu serta merta ia akan menuduh anda sebagai kolot, ketinggalan zaman, kaku, susah untuk didekati, ekstrim, hendak memutuskan silaturrahim, menggoyahkan niat baik dan sebagainya.

Sehingga dalam masyarakat kita, berjabat tangan dengan sepupu, ipar, biras, isteri bapa saudara (mak saudara), suami ibu saudara (bapa saudara) lebih mudah daripada minum air. Seandainya mereka melihat secara jernih dan penuh pengetahuan tentang bahaya persoalan tersebut menurut syara’ tentu mereka tidak akan melakukan hal tersebut.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Sungguh ditusuknya kepada salah seorang dari kalian dengan jarum besi lebih baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hadis Riwayat At-Thabrani)
Kemudian tidak diragukan lagi, hal ini termasuk zina tangan, sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Kedua mata berzina, kedua tangan berzina, kedua kaki berzina dan kemaluan pun berzina.” (Hadis riwayat Ahmad)
Dan, adakah orang yang hatinya lebih bersih dari hati Muhammad S.A.W ? Namun begitu, baginda mengatakan:
“Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita” (Hadis riwayat Ahmad)
Baginda juga bersabda:
“Sesungguhnya aku tidak menyetuh tangan dengan wanita” (Hadis riwayat Ath Thabrani)
Dan dari Aisyah R.A, dia berkata:
“Dan demi Allah, sesungguhnya tangan Rasulullah S.A.W tidak pernah menyentuh tangan perempuan sama sekali, tetapi beliau membai’at mereka dengan perkataan.” (Hadis riwayat Muslim)
Hendaknya takut kepada Allah, orang-orang yang mengancam cerai isterinya yang solehah kerana tidak mahu bersalaman tangan dengan lawan jenis meskipun memakai alas hukumnya tetap HARAM.
Nota : Ingatlah !!! yang HARAM itu tetap HARAM. Tapi kita semua buat-buat tak tahu saja tentang perkara ini walaupun kita sememang dah tahu bahawa haram bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.

Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. kadang2 kite tak sedar dan terlalu lalai ..

    ReplyDelete
  2. sekarang seolah2 dah jadi satu benda yang wajib bersalaman lelaki dan juga perempuan..pelik je..

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved