Kisah Benar Ibu Tunggal Diusir 12 Hantu

on 7 September 2012

Kisah Benar Ibu Tunggal Diusir 12 Hantu | Seorang ibu tunggal, Vanessa Mitchell, 37, menceritakan kembali peristiwa beliau berhadapan dengan 12 hantu sehinggakan beliau terpaksa berpindah ke rumah lain akibat tidak tahan sering diganggu.

Kisah Benar Ibu Tunggal Diusir 12 Hantu

Hantu-hantu berkenaan bertindak memukulnya dari belakang, menarik rambutnya dan cuba menolak tetamunya di tangga. Selain itu, 'mereka' juga mengalihkan objek di sekitar rumah, menggoncang tombol pintu dan membuka paip air. Apa yang paling mengerikan ialah  hantu itu membuat percikan darah timbul di ruang tamu.

Kejadian terakhir yang menakutkan ialah selepas Vanessa melahirkan anaknya. Ketika anaknya Jesse yang berusia empat bulan, Vanessa berkata, dia melihat 'hantu jantan' berdiri di atas buaian bayi itu.

Beliau menemui sekurang-kurangnya 12 hantu semenjak tinggal di situ dan selepas tiga tahun beliau tidak tahan dan berpindah ke tempat lain.

"Selaku ibu tunggal, saya tidak sanggup untuk terus menerus tinggal dengan hantu di rumah itu," Dan masih berhutang sebanyak RM 735, 000 untuk rumah berkenaan yang sebelum ini menjadi penjara untuk tukang sihir diSt Osyth, Essex.

Dalam usaha mendapatkan pendapatan bagi membiayai kehidupannya, Vanessa bercadang membuka rumah itu untuk dijadikan 'Pelancongan Hantu'. Pakar, Chris Palmer, 36, ketika bercakap mengenai bangunan berusia 500 tahun itu berkata: "ia mempunyai suasana paling negatif pernah saya temui."

Sumber: Informasi
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved