Jutawan Hong Kong Tawar RM200 Juta Jika Berjaya Kahwini Anaknya Yang Lesbian | Semua bapa ingin melihat anak mereka berkahwin, bahagia bersama keluarga, dan mempunyai cahaya mata. Tidak terkecuali billonaire Hong Kong, Cecil Chao Sze-tsung, yang ingin menyaksikan anak perempuannya, Gigi, berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.
Namun hasratnya tidak kesampaian apabila Gigi, yang juga lulusan Universiti Manchester rupanya seorang lesbian dan dilaporkan telah mengikat tali pertunangan dengan kaum sejenisnya, Sean Eav di Paris pada 4 April lalu.
Tidak mahu berputus asa, Cecil kini menawarkan ganjaran lebih RM200 juta kepada mana-mana lelaki yang berjaya mencuri hati anak perempuanya hingga ikatan mereka berakhir di jinjang pelamin.
Taikun hartanah itu melancarkan pencarian suami baru-baru ini.
"saya tidak kisah sama ada lelaki itu kaya atau miskin, yang penting dia mempunyai sifat yang baik. Gigi adalah seorang wanita yang baik selain mempunyai rupa dan bakat. Dia amat menyayangi ibu bapanya dan suka melakukan kerja-kerja kebajikan," kata jutawan berkenaan.
Cecil berkata, wang berkenaan adalah sebagai tarikan kepada mana-mana lelaki untuk memikat anaknya, bukan dijadikan modal untuk memulakan perniagaan sendiri.
Namun beliau tidak akan memaksa anak perempuannya itu jika dia enggan mengahwini lelaki berkenaan. Gigi kini merupakan pengarah eksekutif di syarikat hartanah bapanya, Cheuk Nang.
Hasrat taikun berkenaan bagaimanapun mendapat kritikan dengan ramai yang menyifatkan tawaran tersebut umpama menjual anak sendiri. Malah ada juga yang memintanya menerima anaknya itu seadanya walaupun dia seorang lesbian.
Nota: Bagi pendapat aku, tawaran yang sebanyak itu mungkin akan menarik mana-mana lelaki tapi bukan kerana nak sangat berkahwin dengan anaknya tapi kerana wang tersebut. Kalau nak cari orang yang ikhlas dan betul-betul nak mengahwini anaknya itu sukar dan susah. Pendapat anda pula macam mana?
pendapat aku, jom kita try pikat dia ni..untung sabut timbul, untung batu tenggelam.hahahaha
ReplyDeletehaha , kelakar pun ada, susahlah nak buat anak klu mcm ni
ReplyDelete@boni kacak koe lah yg try.... aku past sebab koe lebih tua dari aku... hehehe
ReplyDeletenak juga tru tapi tu la jauh sangat kat hong kong tu nak gi sana pun tak lepas tambang........
ReplyDelete