Jawapan Erma Fatima Tentang Kontroversi Babak Drama Kau Yang Terindah | Kelmarin (20 September 2012) merupakan episod terakhir drama Kau Yang Terindah. Drama hebat lakonan Nazim Othman dan Neelofa ini sememangnya menjadi ikutan kepada ramai orang termasuklah makcik-makcik, akak-akak, dan tidak ketinggalan nenek juga erk. Namun episod terakhir drama ini telah menimbulkan persoalan apabila ada babak berpegang tangan dan tidur sebilik yang berlaku di Tanah Suci Mekah.
Ramai penonton yang melahirkan rasa kurang senang kerana pelakon yang tiada hubungan apa-apa melakukan perkara tersebut di Mekah. Namun Erma Fatima selaku pengarah drama Kau Yang Terindah segera menafikan penggambaran babak tersebut berlaku di sana. Menurut Erma, kesemua adegan tersebut di rakam sepenuhnya di Kuala Lumpur.
Semoga dengan penjelasan daripada Erma ini tiada lagi kontroversi yang akan ditimbulkan. Mungkin untuk drama seterusnya, Erma dapat terus menghilangkan adegan-adegan yang melanggar batas agama.
Sumber: Informasi
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment