Hukum Meninggalkan Solat Ketika Kesesakan Lalulintas

on 25 September 2012

Hukum Meninggalkan Solat Ketika Kesesakan Lalulintas | Kita tidak boleh lari dari kesesakan jalanraya terutamanya bagi yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur. Namun itu bukanlah alasan untuk kita meninggalkan solat. Persoalannya sekarang ialah bolehkah kita meninggalkan solat apabila kita terperangkap dalam kesesakan lalulintas?

Hukum Meninggalkan Solat Ketika Kesesakan Lalulintas

Apabila mengalami kesesakan jalan raya, perkara utama dan masalah yang sering kita hadapi adalah terlibat dengan kesesakan jalan raya. Persoalannya, jika sudah masuk waktu solat, bagaimanakah caranya untuk menunaikan solat? Adakah kita boleh meninggalkan solat? Jom ikuti apakah hukum meninggalkan solat ketika kesesakan lalulintas.

SOALAN:

Apa hukum jika tertinggal solat ketika berada dalam kesesakan lalulintas? Bolehkah saya melakukan jama' dalam keadaan begini?

JAWAPAN:

Oleh Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad

Hukumnya adalah berdosa kerana solat tidak boleh ditinggalkan walau apa pun juga keadaan. Ini kerana Islam telah menyediakan kaedah solat ketika berada dalam kesulitan dan kepayahan  seperti terperangkap dalam kesesakan lalulintas dan sebagainya.

Perkara yang mesti dilakukan oleh saudara menurut Syaikh Solleh Munajjid ialah saudara boleh menjamakkan solat antara Zohor dengan Asar atau Maghrib dengan Isyak.

Malah menurut Asy-Syaikh Ibn Uthaimain pula dalam fatwanya, sekiranya seseorang yang berniat musafir boleh melakukan solat jamak antara Zohor dengan Asar di rumahnya sebelum keluar musafir sekiranya bimbang akan terlepas waktu Asar. Ini disebabkan kita menaiki kenderaan awam yang bukan milik sendiri yang menyebabkan susah untuk berhenti bagi menunaikan solat. Walaubagaimana pun ianya mestilah dilakukan dengan 4 rakaat bukannya 2 rakaat. Iaitu tidak boleh men'qasarkan solat tersebut kerana belum mula bermusafir.

Dalilnya ialah sabda Rasulullah S.A.W.: 
Hadis daripada Ibn Abbas r.a katanya: Rasulullah S.A.W. menghimpunkan antara solat Zuhur dan 'Asar dan antara Maghrib dan Isya'  di Madinah, bukan kerana takut dan bukan pula kerana hujan. Dan di dalam lafaz yang lain: Bukan kerana takut dan bukan kerana safar, Lalu (Ibn Abbas) ditanya: mengapa Baginda S.A.W. berbuat demikian? Jawabnya: Baginda S.A.W. menginginkan agar tidak menyusahkan umatnya". (HR Muslim : 1151) 
Inilah yang sebenarnya yang perlu dilakukan oleh mana-mana umat Islam yang menghadapi masyaqqah / kesusahan dalam mengerjakan solat fardhu sama ada ianya sedang bermusafir mahupun bukan bermusafir.

Wa Allahu A'alam.

Sumber: Blogbisu
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved