Hamil 4 Bulan, Memey Suhaiza Kini Sangat Bahagia

on 11 September 2012

Hamil 4 Bulan, Memey Suhaiza Kini Sangat Bahagia | Wanita manakah yang tidak gembira apabila disahkan mengandung. Pasti semua wanita yang bergelar isteri akan teruja dan tidak sabar menanti kelahiran bayi mereka terutamanya yang pertama kali hamil. Pasti anda semua tersenyum membaca kisah kehamilan Memey Suhaiza yang sudah masuk bulan keempat menerusi suratkhabar Kosmo hari ini.

Hamil 4 Bulan, Memey Suhaiza Kini Sangat Bahagia

Memey akan melihat cermin untuk melihat tumbesaran perutnya setiap hari selepas bangun tidur. Kata Memey:-
Sudah pasti saya bersedia untuk menjadi ibu dan sebenarnya saya sudah tidak sabar untuk melahirkan anak sulung ini. Apabila hamil, saya rasa hidup telah lengkap sebagai wanita dan sekarang merupakan saat yang sungguh membahagiakan saya. Setiap hari bila bangun tidur, saya akan pandang cermin dan lihat perut yang semakin membesar. Perasaannya sungguh bahagia bila tahu keluarga saya akan semakin membesar.
Hamil 4 Bulan, Memey Suhaiza Kini Sangat Bahagia

Teruja sungguh Memey kan? Pasti keluarga Norman dan Memey akan bertambah lengkap dengan kehadiran cahaya mata baru tidak lama lagi. Yang menariknya, Norman turut mengalami alahan ketika kehamilan Memey. Orang kata kalau lelaki pun mengidam dan terkena alahan, itu tandanya memang sayang sangat kepada isteri.
Doktor beritahu, alahan biasanya dialami sehingga kehamilan mencecah usia tiga bulan, tetapi saya telah masuk bulan keempat masih mengalami alahan. Uniknya, sejak 31 Ogos lalu, suami saya turut terkena tempias alahan yang sama seperti saya. Deria bau suami semakin sensitif dan katanya pergi mana-mana dia rasa ada bau busuk dan tekak loya-loya. Pada mulanya saya pelik juga, tetapi apabila suami beritahu dia mengalami perkara yang sama ketika Kak Abby mengandungkan anak yang kedua, saya rasa memang perkara seperti ini boleh berlaku.
Semoga proses kehamilan dan kelahiran anak sulung Memey akan dipermudahkan olehNya kelak. Sama-samalah kita doakan. Kepada Memey, banyakkan berehat dan jangan buat kerja berat. Bayi dalam kandungan harus diutamakan dalam apa jua keadaan. Semoga kebahagiaan yang dikecapi Memey akan kekal buat selamanya. Kredit info Kosmo Online.

Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

  1. hehehe.. lepas ni makin berseri2 la hidup pasangan ni

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved