David Beckham dan Cristiano Ronaldo Bersaing Bida Kereta James Bond – Aston Martin DBS

on 24 September 2012

David Beckham dan Cristiano Ronaldo Bersaing Bida Kereta James Bond – Aston Martin DBS | Semua orang ada minat dan hobi masing-masing tidak terkecuali admin juga. Siapa sangka dalam diam-diam rupa-rupanya bintang bola sepak terkenal dunia iaitu Cristiano Ronaldo dan David Beckham mempunyai minat yang sama iaitu mengumpul koleksi kereta mewah, menurut laporan Hiburan Yahoo!.

David Beckham dan Cristiano Ronaldo Bersaing Bida Kereta James Bond – Aston Martin DBS

Baru-baru ini mereka dikatakan mahu membeli kereta Aston Martin DBS yang digunakan aktor Daniel Craig di dalam filem James Bond “Quantum Of Salace”. Kereta tersebut adalah sebahagian daripada barang yang akan dilelong untuk tujuan amal. Kereta tersebut dijangkakan bakal dijual dengan harga bidaan bermula £100 ribu atau sekitar (RM497 ribu).

Aston Martin DBS - James Bond “Quantum Of Salace”

Aston Martin DBS - James Bond “Quantum Of Salace”

Salah seorang sumber memberitahu akhbar Daily Star, “Becks sememangnya seorang peminat Bond dan dia memang mahu memiliki kereta yang digunakan di dalam filem tersebut,” kata sumber itu. Walaubagaimanapun, bukan Becks sahaja yang menginginkan kereta tersebut. Bintang bola sepak sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo turut mempunyai keinginan untuk membeli kereta yang sama.

Ronaldo juga mempunyai minat yang sama dengan Beckham, jadi pastinya kedua-dua mereka akan berperang dalam membida kereta tersebut. Hasil jualan kereta tersebut akan disalurkan kepada badan kebajikan amal di Barnando. Bekas kapten England sebelum ini telah mempunyai koleksi-koleksi kereta mewahnya seperti Cadillac, Porsche, Range Rover, Bentley’s dan Hummer.

Sumber: ammboi
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

  1. wah..bila dua bintang terkemuka membida kereta.hehehe

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved