Datuk Lee Chong Wei Dan 2 Lagi Beregu Negara Mara Ke Final Badminton Terbuka Jepun 2012

on 23 September 2012

Datuk Lee Chong Wei Dan 2 Lagi Beregu Negara Mara Ke Final Badminton Terbuka Jepun 2012 | Pemain nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei akan menetang pemain bukan pilihan dari Thailand, Boonsak Ponsana pada final kejohanan badminton Terbuka jepun 2012 selepas menumpaskan juara dua kali, Simon Santoso.

Lee Chong Wei selaku pilihan utama dan juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik serta pemenang Terbuka Jepun pada tahun 2007 dan 2010, hanya mengambil masa 30 minit untuk mengetepikan cabaran pilihan ketiga kejohanan dengan menang straight set 21-7, 21-17 pada saingan separuh akhir.


Yonex Open Japan 2012

Turut mara ke perlawanan akhir adalah pasangan beregu campuran negara iaitu Chang Peng Soon / Goh Liu Ying dan beregu emas negara Koo Kien Kiat / Tan Boon Heong. Berikut adalah Jadual Perlawanan Akhir Kejohanan Terbuka Jepun 2012.

Jadual Final Badminton Terbuka Jepun 2012

Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved