Berkhalwat Dengan 'Abang Saudara'

on 6 September 2012

KLUANG – Seorang lelaki bertindak nekad melarikan diri dari dicekup anggota bahagian penguat kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) Kluang di sebuah hotel bajet di sekitar bandar Kluang, pada Sabtu lalu.

Berkhalwat Dengan 'Abang Saudara'

Pemuda yang berusia 23 tahun itu dipercayai hendak melarikan diri apabila mengetahui JAJ Kluang mengadakan operasi di situ yang secara kebetulannya dia menyewa bilik hotel bersama kekasihnya berusia 18 tahun.

Berikutan kejadian itu, berlaku adegan kejar mengejar pegawai bertugas dan pemuda itu kira-kira 10 minit dan akhirnya lelaki berkenaan berjaya ditangkap untuk disoal siasat.

Difahamkan, lelaki berkenaan melarikan diri kerana takut ditangkap berkhalwat bersama pasangannya yang pada mulanya mengatakan beliau adalah ‘abang saudara’.

Pegawai Tadbir Agama daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, setelah didesak oleh pegawai bertugas, pasangan itu mengakui singgah di hotel itu untuk bermalam dan kebetulan keluarga perempuan tiada di rumah, kerana pergi ke Negeri Sembilan.
“Malah, remaja perempuan yang tinggal Taman Sri Kluang itu memberi alasan tiada kunci rumah untuk memasuki rumahnya menyebabkan dia dan pasangannya menyewa di bilik hotel bajet berkenaan. 
“Namun JAJ tidak terperangkap dengan alasan-alasan biasa sedemikian,” katanya.
Mohd Khalil berkata, pasangan itu ditahan oleh penguatkuasa JAJ lebih kurang jam 4.20 pagi dan kemudiannya telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk membuat laporan.

Hasil soal siasat mendapati perempuan itu masih belajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Melaka, manakala psangan lelaki berkenaan bekerja di sebuah kilang di Kluang.
“Bagaimanapun, pasangan itu akan disiasat di bawah Seksyen 27 (1) (a) & (b) Enakmen Jenayah Syariah Johor 1997 yang mana boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,”katanya lagi.
Operasi yang dijalankan itu diketuai Ketua Unit Penguat kuasa Agama Daerah Kluang, Anuar Kosnin dan melibatkan lapan anggota Penguatkuasa JAJ daerah Kluang serta empat anggota Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Sumber : Forblogger
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved