Subhanallah! Al-Quran Terbang Di Mekah

on 7 August 2012

Ketika jemaah di Mekah sedang khusyu' melakukan ibadat, tiba-tiba dikatakan terdapat senaskah Al-Quran terbang di udara kemudian ia terus melekat di Kaabah.

Subhanallah! Al-Quran Terbang Di Mekah
Subhanallah! Al-Quran Terbang Di Mekah | Mekkah merupakan tempat destinasi utama bagi umat Islam di dunia untuk menunaikan ibadah umrah dan haji. Jadi tidak hairanlah jika Mekkah dihadiri oleh jutaan manusia hampir setiap tahun. Suatu ketika ratrusan ribu jemaah haji yang sedang melakukan tawaf gempar apabila sebuah Al-Quran malayang dan terus melekat pada pintu Kaabah. Peristiwa luar biasa ini membuat ramai jemaah haji yang menyaksikannya menangis kerana kagum dengan kejadian Allah.

Saksi kejadian berkata pada malam Jumaat sekitar jam 2 pagi, seorang wanita Morocco sedang melakukan tawaf sambil membaca Al-Quran. Sebaik saja tiba di depan pintu Kaabah, beliau dilanggar oleh sekumpulan jemaah lain menyebabkan beliau terjatuh dan kitab suci Al-Quran yang dipegangnya terlepas. Al-Quran tersebut tidak jatuh ke lantai tetapi  terus melayang dan melekat di pintu Kaabah.

Selepas seorang staff Masjdil Haram mengambil kembali Al-Quran tersebut setelah diturunkan dengan kayu, jemaah-jemaah Haji yang menjadi saksi peristiwa luar biasa itu mencium Al-Quran tersebut. ternyata baunya sangat wangi seolah-olah dipenuhi berpuluh botol minyak wangi. [Petikan Perdana Warta] (Sumber)
Untuk makluman, sebenarnya kisah ini sudah lama disiarkan di akhbar Warta Perdana.
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved