Sean Gan Giannelli - Pemain Remaja Malaysia Sertai Kelab Itali

on 14 August 2012

Sean Gan Giannelli - Pemain Remaja Malaysia Sertai Kelab Itali

Sean Gan Giannelli - Pemain Remaja Malaysia Sertai Kelab Itali | Selepas Nazmi Faiz, Wan Zack Haikal dan Wan Zaharulnizam, kini seorang lagi pemain bola sepak Malaysia berjaya menawan kelab luar negara. Pemain bola sepak remaja Malaysia yang baru berusia 15 tahun, Sean Gan Giannelli, akan menyertai kelab Itali, Atletico Arrezo untuk pasukan bawah 17 tahunnya di Tuscany pada 20 Ogos 2012 ini, selepas berjaya menawan hati jurulatih dan kakitangan teknikal kelab baru-baru ini.

Sean Gan Giannelli - Pemain Remaja Malaysia Sertai Kelab Itali

Sean yang berdarah campuran Itali-Malaysia, merupakan pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil dan berlatih serta bermain dengan pasukan Bukit Jalil bawah 17 tahun, iaitu skuad pelapis pasukan kebangsaan. Bapanya, Massimo memberitahu Bernama dari Milan, beliau berbangga dengan pencapaian anak lelakinya memandangkan remaja itu menjadi rakyat Malaysia pertama mewakili kelab bola sepak remaja Itali selepas menjalani percubaan pada Jun.

“Dia anak muda yang bercita-cita tinggi dan matlamat hidupnya ialah bermain bola sepak secara profesional pada tahap tertinggi di Eropah dan daripada apa yang dia capai setakat ini, tidak ada apa yang tidak boleh dilakukannya,” katanya menambah yang beliau sedang melakukan persiapan untuk Sean di Itali.

Sean Gan Giannelli - Pemain Remaja Malaysia Sertai Kelab Itali
Pemain berjersi no 5 itu ialah Sean Gan Giannelli (warga Malaysia berdarah Itali) yang akan beraksi di kelab Eropah atau lebih tepat untuk kelab Atletico
Arrezo dalam saingan Serie D bawah 17 tahun.

Katanya kepantasan dan teknik yang dipamer Sean sebagai pemain penyerang, memikat hati ketua jurulatih kelab Serie D itu Abel Balbo, yang juga bekas pemain pasukan Argentina dan bermain bersama legenda bola sepak Maradona. (Sumber)

Note : Jika FAM tidak mengambil langkah bijak, bermakna kita mungkin bakal kehilangan seorang lagi pemain muda berbakat. bermain di Itali, berdarah Itali, ada kemungkinan dia akan ditawarkan mewakili Itali…

Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved