Misai A.Galak Laris Sehingga Ke Singapura

on 14 August 2012

Misai A.Galak Laris Sehingga Ke Singapura

Misai A.Galak Laris Sehingga Ke Singapura | Tak sangka pula yang misai A.Galak nie boleh laris ya. Bak kata pepatah! Tuah ayam ayam nampak di kaki, tuah A.Galak pada misainya. Itulah perumpamaan yang boleh kita kaitkan dengan pelakon Gerak Khas, A.Galak atau nama sebenarnya Zakaria Ahmad, 70, yang mengakui misai lintangnya itu menjadi pembuka rezekinya selama ini.

Sememangnya tuah misai A.Galak sangat hebat sehinggakan rezeki lakonan yang diterimanya tidak pernah putus sehinggalah ditawarkan berlakon di Singapura untuk sebuah drama komedi sempena Hari Raya Aidilfitri. Beliau akan memegang watak sebagai penjual songkok cap misai dalam drama tersebut. Oleh itu, A.Galak terpaksa mewarnakan misainya itu menggunakan inai agar kelihatan menarik dan kemas kerana misainya yang sudah beruban dek faktor usia.

Misai A.Galak Laris Sehingga Ke Singapura

Namun A.Galak kadang kala rimas dengan misai itu kerana sering kali mengganggu terutamanya ketika hendak menikmati makanan seperti aiskrim.

A.Galak tidak berhasrat untuk memotong misai berkenaan kerana menganggap tidak ramai pelakon yang mampu dikenali dengan imej yang ditampilkan. 
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved