Aliff Aziz Dan Anne Ngasri Rancang Untuk Bernikah Hujung Tahun Ini

on 14 August 2012

Aliff Aziz Dan Anne Ngasri Rancang Untuk Bernikah Hujung Tahun Ini | Rasanya ramai yang sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menunggu penamat yang bahagia dalam kisah cinta Aliff Aziz dan Anne Ngasri ini. Satu Malaysia sudah tahu yang mereka berdua bercinta dan menerusi Mingguan Malaysia Ahad lepas, Aliff memberitahu yang mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga hujung tahun ini.

Aliff Aziz

Baguslah tu. Tak elok lama-lama bercinta. At least, kalau ada perancangan tu sedap sikit telinga mendengarnya. Dengar ceritanya pun tahun ini Aliff Aziz nak bawa Anne beraya ke rumahnya di Singapura. Itu satu langkah yang bagus. Kata Aliff:-
Setiap orang bercinta mesti ada rancangan nak ke peringkat seterusnya, sama dengan Aliff. Kami nak jugak rasa bahagia. Insya-Allah dalam masa terdekat ini atau hujung tahun ini kami akan bernikah tetapi semua itu ditentukan Tuhan. Sebab itu, kami harap orang ramai terutama rakan media dan peminat agar bagi kami ruang dan masa tanpa memberi tekanan. Saya risau kalau orang masih bertanya, sedangkan kami tetapi macam itu saja.
Anne Ngasri

Kami doakan agar perancangan Aliff Aziz dan Anne ini akan berjaya dilaksanakan. Kahwin bukanlah satu perkara yang mudah. Namun kalau memang niat benar-benar ikhlas, pasti akan dipermudahkanNya. Semoga hubungan Anne dan Aliff akan berakhir ke jinjang pelamin hujung tahun ini. Sama-sama kita doakan. (Sumber)
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved