Saya Pengsan Bukan Kerana Sihir Atau Buatan Orang - Sharbinee Allawee

on 29 August 2012

Saya Pengsan Bukan Kerana Sihir Atau Buatan Orang - Sharbinee Allawee | Mohd. Sarbinee Allawee Ramli yang merupakan penjaga gol utama pasukan, menafikan dakwaan yang dia terkena buatan orang atau sihir ketika aksi menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada saingan Piala Malaysia 25 Ogos 2012 lalu.

Sebaliknya Sharbinee berkata, dia hanya mengalami masalah pernafasan ketika insiden yang berlaku di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Selayang itu. Kejadian tersebut menyaksikan Sharbinee yang berusia 25 tahun itu pengsan sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital Selayang pada malam tersebut. Bagaimanapun, dia dibenarkan keluar dari hospital tersebut pada pukul 2 pagi keesokan harinya.

Saya Pengsan Bukan Kerana Sihir Atau Buatan Orang - Sharbinee Allawee

Nafi Kena Sihir Atau Buatan Orang

“Saya pengsan (pada perlawanan itu) kerana masalah kesihatan dan tiada kaitan langsung dengan terkena sihir. Pada mulanya, simptom-simptom awal akibat gatal di badan menunjukkan saya mengalami keracunan makanan atau alahan. Sebenarnya, saya tidak mengalami alahan sebagaimana yang diperkatakan oleh pihak-pihak tertentu memandangkan saya sudah biasa menikmati makanan laut itu (udang) sebelum ini.

“Buat masa ini, saya masih belum mendapat apa-apa maklumat berhubung penyakit itu. Doktor telah menjalankan ujian terhadap sampel darah saya dan keputusan (penyakit) akan diketahui dalam tempoh beberapa hari,” kata Sharbinee dalam akhbar Kosmo!.

Dalam masa yang sama, Sharbinee berharap spekulasi liar yang mengatakan dia terkena sihir dihentikan segera. Beliau agak terkejut apabila ada pihak yang mendakwa dia terkena buatan orang (sihir). Sebenarnya, susah untuk dia menjelaskan perkara ini selagi tiada informasi mengenai penyakitnya daripada pihak hospital. Katanya, dia sudah biasa makan makanan laut dan pada pendapatnya, alergi pada udang itu bukan punca dia pengsan. Namun, Sharbinee tidak lupa untuk memanjat syukur dan terharu terhadap semua sokongan dan semangat yang diberikan daripada peminat-peminat yang tidak putus-putus mendoakan kesihatannya.

Rebah dan Pengsan

Dalam insiden yang berlaku kira-kira 10 minit sejurus aksi babak kedua bermula di Stadium MPS, Sharbinee rebah di padang akibat pitam dan terpaksa diusung keluar sebelum dikejarkan ke hospital. Difahamkan, sebelum pengsan, dia sempat menanggalkan sarung tangan serta jersinya bagi mengurangkan rasa gatal yang dialaminya. (Sumber)
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved