Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) Mula Diagihkan

on 29 August 2012

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M)

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) Mula Diagihkan | Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) yang membolehkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menikmati potongan harga sehingga 60 peratus bagi pembelian barangan di premis perniagaan terpilih, mula diagihkan semalam.

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) Mula Diagihkan

Dengan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M), kira-kira 1.5 juta pelajar IPT awam dan swasta boleh menikmati potongan harga berkenaan ketika membeli pelbagai barangan keperluan di lebih 1,200 premis perniagaan, bermula Sabtu ini. KDS1M itu diagihkan secara berperingkat kepada 1.5 juta pelajar untuk fasa pertama. KDS1M diberikan secara percuma kepada pelajar tahun satu, dua dan tiga IPT awam serta swasta yang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa bagi peringkat sijil, diploma dan ijazah.

Kini KDS1M sudah mempunyai 179 syarikat yang menawarkan potongan harga antara 10 sehingga 60 peratus kepada mahasiswa dengan setiap pembelian menggunakan KDS1M. Antaranya Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan anak syarikatnya, Firefly serta MASwings turut menyertai program itu dengan memberikan potongan harga tiket penerbangan sehingga 50 peratus.

Pemberian Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) berkenaan adalah langkah proaktif kerajaan dalam usaha menangani masalah peningkatan kos sara hidup dalam kalangan mahasiswa. Kerajaan berharap, melalui penggunaan kad itu, pelajar dapat menikmati potongan harga bagi setiap pembelian barangan seperti makanan, alat tulis, buku, perubatan dan tiket penerbangan.

Info Kad Diskaun Siswa 1Malaysia

  • MAS, Firefly, MASwings tawar diskaun 50 peratus
  • 179 syarikat mengambil bahagian berbanding 51 syarikat peringkat awal
  • Lebih 1,200 pusat jualan seluruh negara

Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved