Cara Mengatasi Lilin Pada Mee Segera

on 28 August 2012

Cara Mengatasi Lilin Pada Mee Segera | Makanan mee segera sentiasa menjadi pilihan utama oleh semua golongan terutamanya golongan pelajar sekolah dan universiti. Namun tahukah kita bahawa terdapat cara untuk mengatasi lilin pada mee segera tersebut.

Cara Mengatasi Lilin Pada Mee Segera

Apa jenama mee segera kegemaran anda? Mee segera adalah makanan yang murah, mudah dan cepat malah terdapat bungkusan yang cuma perlu dimasukkan air panas untuk kegunaan mereka yang betul-betul menjimatkan masa. Malah banyak stesen minyak yang menyediakan kemudahan air panas untuk kemudahan pengguna. Berbagai bahan pengawet dan MSG di gunakan agar ia tahan lama dan menambah sedap mee segera yang anda makan.

Tahukah anda mee segera yang anda makan dilapisi lilin (wax) bagi menghalangnya melekat dan nampak lebih cantik semasa anda memasaknya.

Tubuh kita pula memerlukan 4-5 hari untuk mengeluarkannya dari sistem pencernaan kita.

Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk mengurang risiko lilin di dalam mee segera yang anda makan? Jika anda terpaksa makan mee segera ikutilah langkah berikut:Masak mee segera dalam periuk.
  1. Bila sudah masak, toskan air bagi membuang kandungan lilin. Bilas dengan air biasa bagi memastikan baki lilin betul-betul hilang.
  2. Masukkan mee tadi ke dalam bekas yang mengandungi air panas sebelum memasukkan bahan perasa yang disediakan.
Makan seperti biasa. Apa pun nasihat dari saya yang juga seorang penggemar mee segera, eloklah kurangkan kebiasaan memakan mee segera terutama bagi mereka yang masih bersekolah.

Memang makanan mee segera tidak dapat dipisahkan terutamanya golongan bujang seperti pelajar sekolah dan universiti. Itulah makanan segera yang paling cepat disediakan. Namun sememangnya amalan pemakanan makanan segera patut dielakkan ataupun dikurangkan kerana teryata kandungan bahan tersebut boleh mendatangkan masalah kepada tubuh badan kita.(Sumber)

Ranking: 5

{ 4 Comments... read them below or add one }

  1. Kwn sya penah cite benda nie kat sya . Now amalkan mkn maggi guna cari tuh lah . Kesannya mungkin tk nampak skrg tpi nanti bila dh teruk tahu lah . Thanks share this :)

    ReplyDelete
  2. Apakah jenama mee segera yg menjadi
    kegemaran tuan punya belog ini?? :)

    ReplyDelete
  3. @Eriyza nak tau erk ? tak apa jangan beritahu orang lain erk.. aku bisik kau je nie... mee sedaap dan mee kari maggie... hehehe

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved