Aaron Aziz Dan Nadiya Nisaa Kena Halau Di Madinah Kerana Berlakon?

on 31 August 2012

Aaron Aziz Dan Nadiya Nisaa Kena Halau Di Madinah Kerana Berlakon? | Bukan mudah untuk menjayakan drama bersiri 80 episode, Adam & Hawa yang kini telah pun ditayangkan di saluran Mustika HD (Saluran 134) pada 27 Ogos 2012 lalu, apatah lagi bila penggambarannya dilakukan di luar Masjid Nabawi, Madinah.

Aaron Aziz Dan Nadiya Nisaa Kena Halau Di Madinah Kerana Berlakon?

Apa tidaknya, sedang elok-elok penggambaran Adam & Hawa dilakukan di sana, tiba-tiba seluruh krew produksi termasuk pelakon hebatnya, Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa telah dihalau dari tempat itu. Bukan setakat itu sahaja, insiden itu juga turut menyebabkan mereka didatangi oleh sekumpulan polis yang pada mulanya tidak membenarkan penggambaran siri itu dijalankan di kawasan luar masjid tersebut.

Perkara ini telah didedahkan oleh pengarahnya, Feroz Kader sewaktu berkongsi cerita mengenai pengalamannya dan krew produksi menjayakan penggambaran drama bersiri terbaru terbitan syarikat produksi Global Station Sdn Bhd itu. Beliau berkata, selain cuaca yang agak panas luar biasa di Mekah, pihaknya telah mengalami insiden dihalau oleh penduduk di Madinah yang marah kepada mereka kerana menjalani penggambaran di situ.

“Bukan itu sahaja, tidak lama kemudian kami didatangai oleh sekumpulan polis di sana yang pada mulanya tidak membenarkan kami meneruskan penggambaran. Namun selepas kami berbincang dan menjelaskan tujuan kami menjayakan penggambaran di situ adalah untuk memberi pengajaran kepada penonton, barulah mereka benarkan kami teruskan penggambaran tersebut.

“Bagi saya ia pengalaman yang sukar untuk dilupakan oleh kami seluruh produksi yang ketika itu agak cuak kerana tidak sangka mendapat respon yang sebegitu sekali daripada masyarakat di sana,” katanya dalam portal hiburan murai.com.my. Seluruh produksi Adam dan Hawa telah menjalani penggambaran di Madinah dan Mekah selama 8 hari bermula sekitar Mei lalu. (Sumber)
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved