[Video Dan Gambar] Jepun Hasilkan Daging Dari Najis Manusia

on 31 July 2012

[Video Dan Gambar] Jepun Hasilkan Daging Dari Najis Manusia

[Video Dan Gambar] Jepun Hasilkan Daging Dari Najis Manusia | Kita dengar pun dah rasa macam muntah dan loya-loya tekak, bukan. Tapi itulah kebenarannya, di mana, hasil daripada penyelidikan di Jepun telah menemui cara untuk menukar najis manusia untuk menjadi daging untuk dimakan.

Satu pasukan penyelidik dari Jepun yang diketuai oleh Matsuyuki Ikeda dari Makmal Okayama telah mencipta satu cara untuk mengitar semula najis manusia untuk dijadikan makanan dalam bentuk daging.

Konsep baru tersebut ditemui apabila Ikeda telah diminta untuk melihat pelbagai kegunaan bahan kumbahan. Mitsuyuki Ikeda tidak merasa jijik ketika melakukan tugasan tersebut, malah beliau merasa teruja apabila mendapati kawasan kumbahan mengandungi banyak protein disebabkan oleh bakteria yang ada di situ.

Walaupun idea tersebut kelihatan sangat teruk dan menjijikkan tetapi ia bukanlah seperti "daging" dicipta dengan mengambil najis dan terus meletakkannya ke atas burger. Proses itu melibatkan mengekstrak protein daripada kumbahan dan kemudian menggabungkannya dengan ''reaction enhancer" dan memasukkannya ke dalam "exploder".

Selepas itu, daging tersebut akan diletakkan pewarna merah dan rasa diperbaiki dengan protein soya. Produk tersebut dipecahkan seperti berikut:
  • 63% Protein | 25% Karbohidrat | 3% Lipid | 9% Mineral
Persoalannya di sini ialah bagaimanakan rasanya ? Menurut laporan awal, rasanya seperti daging lembu.

[Video Dan Gambar] Jepun Hasilkan Daging Dari Najis Manusia

Namun begitu, menurut Matsuyuiki Ikeda, bukan mudah untuk meyakinkan orang ramai untuk memakan daging yang dihasilkannya tersebut. Menurutnya lagi, daging tersebut bukanlah teruk seperti yang disangka dan ia baik untuk kebaikan alam sekitar. Buat masa ini, produk daging yang diperbuat dari tahi manusia tersebut lebih mahal berbanding daging asli kerana kos penyelidikan yang agak tinggi.

Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved