Assalamualaikum dan salam 1Dunia...
Solat Jumaat Dilaksanakan Pada Hari Sabtu | Ini apa kes pula sampai nak pindahkan solat Jumaat pergi ke hari Sabtu. Adakah ini bertujuan sentimen politik semata-mata ? Jangan terus mengelabah tak tentu pasal. Perkara ini berlaku bukannya di Malaysia tapi nun jauh di sana iaitu Azarbaijan.
Pada 30 jun yang lalu, pihak Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan telah mengarahkan kepada para khatib masjid di seluruh negara itu untuk melakukan solat Jumaat bukan pada hari Jumaat tetapi pada hari Sabtu.
Alasan perubahan tersebut kerana dianggap mengganggu waktu kerja, di mana hari Jumaat di Azarbaijan adalah hari kerja rasmi negara itu.
Menurut pihak pemerintah Azarbaijan, pemindahan solat Jumaat ke hari Sabtu diharapkan akan dapat mengurangkan beban para pegawai dan pekerja pemerintah.
Khatib Masjid Masyhadi Dodosh, H Shahin Hasanali mengatakan, pemindahan tersebut dianggap bertujuan sentimen politik semata-mata.
“Pemerintah risau solat Jumaat menjadi medan pendidikan politik yang boleh menggugat kewibawaan pemerintah. Solat Jumaat tidak boleh dipindahkan hari sesuka hati,”
Republik Azarbaijan merupakan negara kecil yang majoriti penduduknya beragama Islam. Dilaporkan, jumlah komuniti muslim di sana lebih kurang 90% dari jumlah keseluruhan penduduknya.
Kedekatan regim yang berkuasa dengan Israel, menyebabkan banyak dasar-dasar pemerintah cenderung anti Islam. Sehingga kini, warga muslim Azarbaijan masih lagi memperjuangkan hak-hak kaum muslimah untuk memakai tudung. Sumber: forblogger.net
Note: Patutkah ini berlaku dalam negara yang negara yang majoritnya adalah beragama Islam ? Alasan yang digunakan adalah tidak munasabah dan memang tidak logik langsung. Apa komen anda tentang perkara ini.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment