Safura Mimpi Arwah Anak Pada 1 Ramadhan

on 30 July 2012

Safura Mimpi Arwah Anak Pada 1 Ramadhan
Safura bersama anaknya Zara Nur Aisyah, tujuh bulan.
- Sumber mStar Online

Safura Mimpi Arwah Anak Pada 1 Ramadhan | Ibu mana yang tidak sayangkan anak yang telah dikandungkannya. Inilah dia kasih seorang ibu yang tidak dapat dinilai dengan apa-apa sekalipun di dunia ini. Kecuali bagi seorang ibu yang berhati 'binatang' saja yang sanggup mengabaikan anak mereka. Begitu juga dengan halnya Safura Ya'cob (Safura, 39) yang sangat merindui Allahyarham anak ketiganya Nur Aisyah Mariam sejak kehilangannya 10 bulan lepas.

Namun kerinduan penyanyi dan juga pelakon itu terhadap anaknya sedikit terubat apabila anaknya itu muncul dalam mimpinya pada hari pertama Ramadhan. Safura berkata, emosinya semakin stabil dan pulih dengan kehilangan itu selepas 10 bulan pemergian anaknya yang meninggal dunia pada 12 September tahun lalu.

Antara temubualnya bersama mStar Online:-
Alhamdulillah, keadaan emosi saya semakin stabil selepas 10 bulan Mariam meninggalkan kami sekeluarga. Saya mendapat kekuatan itu dengan berfikir bahawa Mariam lebih tenang dan sejahtera di sana. Namun, kerinduan itu sentiasa ada sehinggakan pada 1 Ramadan lalu, Mariam dan arwah bapa saya muncul dalam mimpi. Saya jadi sedih juga apabila terjaga.
Nur Aisyah Mariam yang meninggal dunia pada usia 3 tahun kerana demam berpanjangan pada 12 September tahun lalu adalah anak pertama penyanyi itu bersama pelakon Sahronizam Noor. Selain Allahyarham, Safura turut mempunyai dua lagi anak bersama Sahronizam iaitu, Yusoff Firdaus, setahun setengah dan Zara Nur Aisyah, tujuh bulan. Mengenai perkembangan terbaru, Safura berkata, kematian anaknya itu membuatkan dia masih tawar hati untuk kembali berlakon pada waktu ini. hasil Perkahwinannya terdahulu, Safura turut mempunyai dua anak iaitu Nurul Natasha,17 dan Muhammad Daniel Khaqim,11.


Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved