Sabah vs Queens Park Rangers (QPR) 17 Julai 2012

on 15 July 2012

Sabah vs Queens Park Rangers (QPR) 17 Julai 2012 | Program Jelajah Asia Queens Park Rangers (QPR) yang bermula dengan perlawanan persahabatan menentang pasukan pilihan Sabah di sini pada 17 Julai 2012 ini pastinya boleh dianggap pemanas badan untuk QPR sebelum bertemu Kelantan di Kota Bharu. Sabah dikatakan akan menjemput beberapa pemain Liga Malaysia untuk memperkuatkan pasukan itu melayan pasukan EPL berkenaan.


Bagi QPR pula, perlawanan persahabatan ini penting dalam persiapan menghadapi perlawanan pembukaan Liga Premier Inggeris (EPL) musim akan datang dengan menentang Swansea pada 18 Ogos 2012. Pihak pengurusan QPR memandang jelajah ini sebagai sesuatu yang amat serius. Namun demikian, mereka juga berharap dapat menikmati sedikit sebanyak keseronokan sepajang jelajah berkenaan.

Skuad itu tiba dengan sebuah pesawat AirAsia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini semalam. Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah, Datuk Lawrence Gimbang berkata, tiket untuk menyaksikan perlawanan pada 17 Julai itu berharga RM33, RM53 dan RM83. Perlawanan akan dilangsungkan di Stadium Likas, Kota Kinabalu bermula jam 8.45 malam.

Dapatkan Tiket Anda di :

1. Online at www.AirAsiaRedtix.com

2. Rock Corner outlets -
  • The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 – 2283 4893)
  • Mid Valley (TEL: 03 – 2284 1423)
  • KLCC (TEL: 03 – 2161 9417)
  • Subang Parade (TEL: 03 – 5636 9520)
  • The Curve (TEL: 03 – 7729 6313)
  • One Utama (TEL: 03 – 7725 5667)

3. Victoria Music outlets -
  • Sg Wang(TEL: 03 – 2148 7208)
  • Amcorp (TEL: 03 – 7956 0592)
  • Tropicana (TEL: 03 – 7722 2955)
  • BSC (TEL: 03 – 2093 1093)

4. KL Life Centre (TEL: 03 – 2162 2570)

Selepas Sabah, QPR akan bertemu Kelantan di Stadium Shah Alam pada 20 Julai, sebelum berlepas ke Indonesia untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan Persebaya Surabaya di Stadium Gelora Bung Tomo pada 23 Julai 2012.
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

  1. jadi mudah urusan untuk bawak team liga perdana Inggeris utk turun ke Malaysia bila pemilik dia orang Malaysia kan

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved